Friday 18 January 2013

Apabila Wanita Berbicara



cinta cerita

Terima kasih tuhan kerana memberikan cinta untukku merasai nikmat dunia dan mewarnai hidupku selama ini. cinta terlalu besar pengertiannya, cinta jua adalah fitrah. cinta paling agung dan paling tinggi bukanlah kepada kekasih hati sebaliknya kepada ALLAH DAN RASUL. cinta sesama makhluk boleh datang dan pergi tapi tanpa cinta kepada pencipta tidak mungkin semuanya benar dan kekal apatah lagi sekiranya cinta hanya berdasarkan nafsu semata. HEBATKAN PENANGAN CINTA?? ianya digambarkan seperti " CINTA ITU BAGAIKAN POHON, AKARNYA MENJUNAM KE TANAH DAN PUNCAKNYA BERBUAH LEBAT.. "

Bunga-bunga cinta tidak dapat kita hindari kerana ia sudah bertunjang di hati dan bila tiba saatnya mekar mewangi namun wangian itu biarlah kepada orang yang dekat dahulu seperti ibu,ayah dan ahli keluarga. cinta akan membawa kita jauh tetapi kiranya kita tidak mencintai diri sendiri dahulu semuanya akan berkecai. paling susah adalah untuk belajar mencintai diri sendiri. kita sering melakukan sesuatu untuk orang yang kita cintai tetapi jarang sekali kita melakukan sesuatu untuk diri kita sendiri dahulu.

apakata kita ubah persepsi dan mulakan dengan melakukan sesuatu yang berharga untuk diri sendiri ,belajar mencintai diri sendiri dahulu sebelum memberi cinta kepada orang lain.

Bagaimana mahu belajar mencintai diri sendiri? Susah sebenarnya kerana naluri kita ini lebih mahu menyenangkan orang lain daripada diri sendiri. takut dilabel sebagai pentingkan diri sendiri pula. sebenarnya semuanya adalah bermula daripada diri kita.
kalau kita gembira dan bahagia sahaja orang-orang sekeliling juga bahagia kerana aura diri kita itu akan menyelubungi orang lain. Percayalah ia ada sangkut paut dalam kehidupan harian kita. Sayangi diri dengan mengamalkan cara hidup sihat. bila minda dan fizikal kita sihat, sudah tentu kita dapat melakukan semua perkara dengan jayanya. sentiasa berfikiran positif kerana ia membantu kita melebarkan ukhwah. Tingkatkan iltizam, semangat untuk berjaya dan berusaha ke arah kejayaan.

Tidak juga salah mencintai orang lain, dari mata turun ke hati, kalau sudah berkenan, apa mahu dikata. biasanya orang cenderung menafsirkan cinta untuk uda dan dara sahaja. Cinta terhadap lelaki dan wanita ini yang sering dilagukan, adakalanya mendayu-dayu bila cinta tidak kesampaian. namun seringnya mereka lupa dalam mencari cinta dan jodoh perkara yang ditekankan dalam islam iaitu hartanya, kecantikannya, keturunnya, agamanya, maka pilihlah yang mempunyai agama necaya kamu akan bernasib baik. cinta biarlah sampai ke syurga dan andainya dalam bercinta kita kecewa tidak usah berputus asa. Adat orang bercinta adakala bahagia dan ada ketikanya kecewa. Usah terlalu menurut  hati kerana dunia ini masih terbentang luas di hadapan kita  biarpun percintaan yang disemai terputus di tengah jalan.

mungkin bukan jodoh kamu dengannya dan percayalah kita tidak pernah tahu apa yang diaturkan untuk kita di hari hadapan. mungkin akan hadir orang yang lagi baik dan bagus untuk kita harungi hidup bersama. setiap apa yang berlaku adalah pengalaman dan ia mendewasakan kita. tidak perlu 'frust' menonggeng hingga ada yang sanggup membunuh diri. apalah sangat kecewa cinta, kerana cinta itu boleh datang dan pergi cuma mental harus kuat bila bermain dengan perasaan. kalau mental tidak kuat memang jiwa boleh kacau bilau. sebab itulah kita manusia dikurniakan akal, agar kita tidak terlalu terbawa oleh emosi.

Duduk dan fikir sejenak, nilai kembali diri kamu dan mulakan langkah baru. Insya-Allah saya percaya cinta akan datang kembali. beri masa untuk diri kamu sendiri. Jangan ditagih cinta orang yang tidak sudi. Mungkin sudah tertulis dia bukan untukmu, apa mahu disesalkan takdir kerana takdir boleh berubah dengan usaha dan doa.

Jika kecewa, jadikan ia sebagai pembakar semangat tapi yang sedang bahagia jangan pula mendabik dada kerana ujian tuhan tidak pernah kita ketahui. kerana itulah orang selalu berpesan, biarpun sebesar mana cinta kita kepada seseorang, simpanlah sedikit untuk diri sendiri agar jika kita jatuh kita tidak merudum. bangkit daripada kekecewaan bukan mudah tetapi bagi mereka yang berjaya mengharunginya, pasti kenangan lalu itu sesuatu yang manis untuk dikenang di kemudian hari. Bak kata orang putih " i've been there, i've done that". kalau tidak nanti tidak menarik sembang-sembang bersama teman kerana tidak ada frasa, ' my ex ' atau ' bekas kekasih '.
Memang masa menjadi penawar bagi melupakan seseorang yang istimewa, hidup memang tidak ubah seperti sebuah album gambar, yang setiap satu memberi kenangan tersendiri. sesekali bersua atau terserempak dengan bekas kekasih membuatkan hati kita terusik tetapi ada juga yang membuatkan kita bersyukur kerana memang dia bukan jodoh kita. sepanjang jalan kenangan, ada yang terindah dan ada pula yang tidak mahu dikenang namun yang manis mahu yang pahit, satupun tidak mungkin dapat dipadamkan. memang kalau boleh kita mahu sejarah hidup kita cantik dan menarik namun siapa kita untuk menentukannya. setiap kenangan lalu ada harganya dan ia menjadi koleksi klasik dan nostalgia buat setiap orang.

bagi kawan-kawan yang masih muda remaja jangan takut kerana hari ini kamu mungkin menangis kerana cinta tidak kesampaian tetapi suatu ketika nanti kamu akan ketawa mengenangkan kebodohan diri.

Cinta sering membuatkan kita melakukan perkara-perkara bodoh kerana kita terlalu meletakkan pengharapan dan lupa bahawa cinta kepada Allah mengatasi segalanya. Kita merasakan cinta kepada manusia terlalu besar dan taksub dengan cinta tersebut. Itulah silapnya kita sebaliknya jika kita mahu cinta yang diredhai, letakkanlah Cinta kan Allah dan Rasul di tempat teratas, barulah tindak tanduk kita mengikut lunas-lunas yang diredhai.

Apapun, percayalah cintai diri sendiri dahulu dan lakukanlah perkara-perkara yang kamu cintai kerana bila diri bahagia, kamu juga membahagiakan orang-orang yang menyayangi dirimu. Renung-renungkan..

Boleh Ke Tablets Ambil Tempat Sebagai Guru?

Boleh ke tablet ganti tempat guru mengajar budak-budak? Pengguna tablets secara meluas di negara-negara kaya,tetapi macam mana dengan negara-negara yang ditahap kelas ketiga.. walau bagaimana pun, jika diberi peluang mereka yang tinggal dinegara kelas ketiga akan cepat belajar mengenai bagaimana fungsi peranti itu. Baru-baru ini sebuah Organisasi one laptop per child memberi kanak-kanak di Ethiopia laptop untuk melihat kanak-kanak itu belajar tanpa faedah guru-guru sebenar.

tablet ganti guru

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...