Saturday, 3 November 2012

!sayangi komputer riba kamu!

komputer
MAJORITI HARI INI MENGGUNAKAN KOMPUTER RIBA UNTUK MELAKSANAKAN PELBAGAI TUGASAN SEHARIAN. KOMPUTER RIBA ADALAH GAJET PENTING UNTUK KOMUNIKASI SEHALA MAHUPUN DUA HALA. OLEH ITU, DISINI SAYA INGIN BERKONGSI TIP HEBAT UNTUK MENJAGA KOMPUTER RIBA DENGAN LEBIH SEMPURNA BAGI KAWAN-KAWAN YANG MASIH BELUM MENGETAHUINYA DAN BAGI MEREKA-MEREKA YANG SUDAH TAHU SILALAH KOMEN UNTUK SAMA-SAMA BERKONGSI ILMU PENGETAHUAN YA..

 1. Penjagaan Bateri Dengan Baik.. Bateri perlu dijaga dengan baik untuk memanjangkan jangka hayat dan prestasi komputer riba kamu. kaedah yang terbaik untuk penjagaan bateri ialah dengan memastikan bateri digunakan secara maksimum sebelum dicas semula. kamu perlu menyambungkan soket kuasa kepada komputer riba hanya apabila terdapat amaran low battery sahaja.

 2. Defragementation Secara Berkala Fungsi disk defragmenter adalah untuk menyusun semula kedudukan data di dalam hard disk supaya ia tersusun rapi dan berada dalam kedudukan yang berhampiran di antara satu sama lain. Apabila kedudukan data berada berdekatan di antara satu sama lain, hard disk lebih cepat untuk mendapatkan data yang diperlukan dan penggunaan tenaga dapat dikurangkan. Oleh itu, lakukan disk defragmenter seminggu atau dua minggu sekali. untuk melakukannya, klik Start Menu, All Program, Accessories, Syestem Tools, Disk Defrargmenter dan gunakan paparan yang disediakan.

 3. Fungsi Hibernate Untuk Memadamkan Komputer Ramai yang menggunakan Shut Down untuk memadam komputer. selain menggunakan Shut Down komputer kamu boleh menggunakan hibernate . Shut Down berfungsi untuk menutup semua aplikasi yang dijalankan oleh sesebuah komputer sebelum memadamkan kuasanya. Proses mengaktifkan kembali komputer mengambil masa yang agak panjang dan menggunakan lebih kuasa bateri. Hibernate pula berfungsi dalam menyimpaan maklumat tentang kedudukan terakhir aplikasi yang sedang aktif dalam sesebuah komputer sejurus sebelum ia dipadamkan. Apabila komputer dihidupkan semula, sistem pengoprasian tidak perlu memulakan kesemua aplikasi yang diperlukan dari awal, sebaliknya sistem ini akan merujuk kepada maklumat yang telah disimpan tadi supaya komputer dapat kembali kepada keadaan terakhir sebelum dipadamkan.

 4. Jaga Kebersihan Papan Kekunci Letakkan sekeping kain pada papan kekunci setiap kali kamu tidak menggunakannya lagi agar ia tidak dimasuki habuk. Sesekali lapkan papan kekunci dengan perlahan-lahan dan pastikan kamu tidak mengelapnya terlalu kasar bagi mengelakkan butang kekunci itu rosak. Gunakan papan kekunci dan tetikus yang berasingan supaya kamu tidak kerap menggunakan papan kekunci di komputer riba.

 5. Skrin LCD Di antara yang perlu diberi perhatian adalah skrin LCD. Pastikan kamu kerap mengelap Skrin kerana mudah dimasuki habuk. kamu juga perlu mengelakkan diri daripada menyentuh skrin dengan jari kerana sentuhan yang berminyak akan menyukarkan kamu untuk melakukan aktiviti pembersihan di samping mampu menyebabkan Dead Pixel

 6. Surge Protector Berfungsi untuk menjaga perisian dan perkakasankomputer riba kamu daripada rosak. Ia juga mampu menjaga pemacu cakera keras (HDD) dan punca kuasa (Power Supply) 7. Port Bagi menjaga kebersihan port daripada dimasuki habuk, kamu boleh menggunakan berus atau berus gigi lama ketika membersihkannya. semasa aktiviti pembersihan, pastikan suis dimatikan bagi mengelakkan sebarang kecederaan yang tidak diingini.. " selamat mencuba... "

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...