Saturday 23 March 2013

Ustaz Azhar Idrus: Jangan Hina Tentera Kita!


Ustaz Azhar Idrus

Pendakwah terkenal, Ustaz Azhar Idrus memberi respon berkenaan isu sesetengah individu yang menghina anggota keselamatan negara yang berjuang di Lahad Datu untuk mempertahankan Sabah daripada ancaman pengganas Sulu.

Beliau menyatakan demikian ketika ditanya oleh pengikut laman Facebook beliau yang bertanya berkenaan hukum individu yang tidak bertanggungjawab menghina anggota keselamatan negara di Lahad Datu

Beliau juga menukilkan sebuah Hadis yang lebih kurang maknanya "Antara mata yang tidak akan masuk neraka ialah mata orang-orang yg berjaga(tidak tidur) di sempadan atau di medan kerana mengawal atau menjaga keselamtan negara".


Terbaiklah Ustaz Azhar Idrus Bagi komen, walaupun ahli Pas tapi tetap dapat bezakan buruk dan jahat. Bukan sesetengah Ahli itu yang berdiam je malah ada yang menyokong menghina pasukan keselamatan malaysia.

Friday 22 March 2013

Kejam! Bunuh Lepas itu Makan Otak dan Sup Zakar Mangsa


KANIBAL PAPUA NEW GUINEI
SYDNEY: Polis di kawasan terpencil Papua New Guinea telah menahan anggota kumpulan kultus kanibal yang didakwa membunuh sekurang-kurangnya tujuh orang, memakan otak mereka mentah-mentah dan membuat sup daripada zakar mangsanya itu, kata satu laporan, semalam.

Sejumlah 29 orang yang ditangkap polis itu adalah sebahagian daripada 1,000 anggota kumpulan tersebut, yang dibentuk bagi menentang ahli sihir yang menyeleweng, yang disifatkan oleh akhbar The National sebagai mereka yang mengenakan bayaran keterlaluan.Kos menggunakan seorang bomoh bagi mendedahkan punca kematian atau menghalau hantu biasanya sekitar 1,000 kina ($600) dalam bentuk wang tunai bersama seekor babi dan seguni beras tetapi ada juga yang meminta habuan seks bagi pembayarannya.

"Adalah melanggar etika tradisional dan moral kami bagi seorang ahli sihir mengadakan hubungan seks dengan isteri seorang lelaki atau anak perempuan remajanya," kata seorang pemimpin kultus di Tangi, sebuah daerah pedalaman wilayah Madang di kawasan pantai timur Papua New Guinea.
"Itu adalah punca utama kekecewaan yang menyebabkan pembentukan satu kumpulan memburu ahli sihir. "Dari masa ke masa, apabila para suspek dibebaskan bagi meneruskan tugas sebagai ahli sihir, kami semakin lelah dan bosan," katanya lagi.

Terdapat kepercayaan berleluasa terhadap ilmu sihir di Papua New Guinea, yang ramai penduduknya tidak dapat menerima punca-punca semula jadi sebagai penjelasan bagi kejadian-kejadian malang, kesakitan, kemalangan atau kematian. Menyusuli pembunuhan itu, polis telah menyerbu kampung Biamb dan menangkap 29 orang termasuk lapan wanita, pada minggu lalu. - Laporan AFP.

Wednesday 20 March 2013

Panas: Abby Abadi Dapat Bayaran RM50,000 Seminggu


abby abadi\
Pendedahan yang dilakukan oleh Sanggah Tok Janggut amat mengejutkan.

Blog berkenaan mendakwa bekas artis yang kini bergelar Ustazah Celop kepada PAS, Abby Abadi telah ditaja sehingga RM 50,000 oleh seorang individu. Apakah individu tersebut adalah seorang individu yang bergelar Ustaz di dalam PAS? Ikuti pendedahan selanjutnya dari blog tersebut;
ABBY Abadi yang sedang digelarkan sebagai Ustazah Mee Segera ini semakin hari semakin melampau dan berbagai-bagai fatwa gila dikeluarkannya termasuklah menyokong gerakan pengganas Kiram di Lahad Datu dan juga mengangkat pengganas Kiram yang mati itu sebagai mati syahid dan kegilaan beliau semakin menjadi-jadi.

Saya tidak berminat untuk menulis tentang selebriti munafik ini tetapi sejak melihat tingkahnya di media maya semakin menjadi-jadi,tekak tiba-tiba terasa loya melihat betapa `alim dan mulianya’ bekas selebriti ini dan bekas barang terpakai tinggalan Norman Hakim ini perlu diberikan kata dua supaya beliau tahu bahawa ada orang tahu siapa beliau sebenarnya.

Bekas pelakon ini boleh dikategorikan antara wanita nakal,bermulut jahat,merelakan dirinya jadi alat untuk memecahbelahkan indsutri dunia hiburan tanahair dan janda Norman Hakim ini perlu diajar supaya tidak menjadi telunjuk lurus tetapi kelingking berkait dan kalau mahu bertaubat sekalipun taubatlah sepenuhnya dan jangan berlakon sebagai orang baik-baik sedangkan hakikatnya Abby bagaikan menyembunyikan `kejalangannya’ baik dari tutur kata serta perbuatannya.

Saya ingin memberikan peringataan kepada Abby Abadi bahawa saya tahu apa yang berlaku di London baru-baru ini dan dengan siapa Abby ke sana.Siapa VVIP yang menaja segala perbelanjaan.Abby ke London yang pada mulanya hanya berbekalkan satu beg tetapi pulangnya ke Malaysia dengan enam beg dan beg-begnya dibawa oleh private jet balik ke Malaysia.Dan apa kerja yang Abby lakukan hingga dapat bayaran RM50,000 selama seminggu? Takkan menyanyi ataupun berceramah di London hingga dapat bayaran sedemikan besar jumlahnya.

Ini peringatan kepada Abby,Jika beliau tidak menghentikan keceluparannya mempermainkan agama,mengadu domba serta memberikan tafsiran agama yang bukan-bukan,saya akan menelanjangi satu persatu topeng-topeng munafik yang sedang dipakai oleh Abby ketika ini.

Kita tidak mahu mendedahkan pada setiap persembahan pentas sebelum ini beliau sering sebilik dengan teman lelakinya malah sering meminta penganjur menyediakan bilik bersebelahan bila mereka ada pertunjukan pentas secara bersama tetapi kita juga ngin tahu wang siapa sebanyak RM20,000 yang Abby minta bagi menjayakan majlis harijadi anaknya.Tidak cukup RM50,000 di London!Rumah Kedai di Taman Melawati itu pun kita tahu datang daripada siapa?Jangan berselindung di sebalik penjualan jubah sedangkan hakikat sebenar ada yang tahu puncanya.

Ini juga akan didedahkan sekiranya Abby tidak bertaubat dan meminta maaf kepada rakan-rakan yang beliau kafir serta sesatkan selama ini.Jangan tunjuk baik sangat Abby!Jangan selak kain orang lain kalau kain sendiri koyak rabak!Jangan satu jari menuding kepada orang lain sembilan jari lagi menuding ke diri sendiri..!

Kalau beliau betul sudah insaf,bertaubat dan ingin menjadi muslimah sejati yang diredai Allah dunia dan akhirat,Abby tidak akan memilih jalan sesat begini hingga segala tutur kata terutama sekali dalam Twiter dan juga berceramah,penghinaan demi penghinaan dilemparkan kepada orang yang tidak menyokong beliau.

Kita sedar artis ini semakin sesat dalam dunia yang beliau sedang ciptakan dan itu urusan beliau kalau mahu sesat sekalipun tetapi mengajak orang lain agar sesat sama sesuatu yang cukup bertentangan apatah lagi kita pun tidak tahu siapa guru agama janda yang sedang didkawa ramai sebagai tengah meroyan ini.

Abby belum putih sepenuhnya dan nilai taubat yang sedang beliau laung-laungkan ketika ini sama sahaja dengan nilai perjuangan PAS parti yang Abby dokong penuh dengan kehanyirannya yang tersendiri malah Abby juga sama dengan para pejuang PAS lain yang menggunakan agama untuk menutup kebejatan moral masing-masing.Dan pejuang PAS kononnya seperti Abby inilah yang diusung ke hulu ke hilir bagi dijadikan agen memecahbelahkan orang muda.

Jadi kepada Abby,kita pesan sekali lagi.Hentikan segala keceluparan,kebodohan serta kebiadapan ini sekiranya tidak mahu topeng yang sedang menutupi wajahnya ketika ini terbuka satu persatu.

Sumber

Tuesday 19 March 2013

Lahad Datu: Topi Ubat Kerinduan Anak Kepada Ayah Yang Terkorban


Lahad Datu: Topi Mengubat Kerinduan Anak Kepada Ayah Yang Terkorban | Terubat rindu seorang kanak-kanak yang kehilangan ayah ketika terkorban dalam insiden Pencerobohan Lahad Datu.

Kangar: Topi milik Allahyarham Asisten Superintendan Zulkifli Mamat, seorang daripada 10 wira negara yang gugur dalam pertempuran dengan pengganas di Sabah, masih kerap dipakai anak sulungnya, Noor Aqmar Amiruddin, 5, sebagai pengubat rindu.

topi menjadi ubat kerinduan

Ibu kanak-kanak itu, Nor Aziah Noor, 28, berkata, Noor Aqmar gemar memakai topi arwah suaminya kerana ketika Allahyarham masih hidup, dia selalu memuji anaknya kelihatan kacak apabila memakai topi itu.

“Sebab itu dia suka pakai topi ayahnya. Dia kuat semangat dan sering pujuk bila saya menangis setiap kali teringatkan arwah, tapi pada masa sama dia juga sering mengigau dengan memanggil nama ayahnya, mungkin kerana terlalu rindu,” katanya.

Nor Aziah ditemui di rumahnya, di sini, semalam, ketika menerima kunjungan Menteri Besar Perlis Datuk Seri Dr Md Isa Sabu dan Ketua Polis Perlis Senior Asisten Komisioner Zull Aznam Haron yang turut menyampaikan sumbangan daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Hmetro

Sangat la sedih melihat anak kecil ini kehilangan ayahnya, juga bersyukur kerana ayahnya mati ketika memperjuangkan kedaulatan undang-undang. Semoga roh arwah ditempatkan disyurga.

Saturday 16 March 2013

Terkini: Suspek tali barut ditahan

penceroboh Sulu di tahan

Terkini: Suspek tali barut ditahan - Seorang lagi suspek Pengganas Sultan sulu ditangkap di Felda Sahabat hari ini.

Lelaki yang dipercayai mempunyai kaitan terhadap pencerobohan Pengganas Sulu itu ditahan oleh pasukan keselamatan. Melalui risikan pasukan keselamatan malaysia mempercayai lelaki ini adalah tali barut yang membantu pengganas sulu dari filipina itu.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib berkata, suspek yang ditahan pada pukul 6.30 pagi akan disiasat mengikut Seksyen 13 (c) Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Akta Kesalahan Keselamatan (langkah-langkah khas) 2012 (SOSMA). Utusan

Guru Bersama Anak Murid Hampir Mati Terbakar


kereta tebakar
Kemalangan yang berlaku sekelip mata hampir membakar hidup-hidup seorang guru berserta anak dan muridnya. Kereta mereka bertembung dengan sebuah kereta Proton Persona yang hilang kawalan.

Kejadian yang berlaku sebelah malam kira-kira jam 8.20 malam itu berlaku berhampiran Persimpangan Batu Burok Jalan Kamarudin.

Guru itu menceritakan detik-detik sebelum  kemalangan, “Ketika sampai di selekoh berhampiran simpang itu, saya terdengar bunyi tayar, sebelum lihat sebuah Proton Persona yang dipandu seorang lelaki datang dari arah bertentangan terbabas memasuki laluan saya,” katanya.

lalu kereta itu merempuh berhadapan dengan kereta mereka sehingga menyebabkan kereta persona itu terbakar, bahang api yang besar itu menyebabkan mereka terasa kepanasan apabila mereka masih lagi tersekat didalam kereta.

Guru itu bertindak memukul dan menendang cermin depan kereta untuk meloloskan diri bersama anak muridnya tanpa menghiraukan rasa sakit.

Syukurlah mereka dapat menyelamatkan diri sebelum kereta itu terbakar.

Friday 15 March 2013

Pengikut Sultan Sulu Akan Di Dakwa


pengikut sultan sulu Jamalul kiram III

Pengikut Sultan Sulu Akan Di Dakwa - 35 orang Pengikut Sultan Sulu Jamalul kiram III akan didakwa oleh kerajaan filipina kerana menceroboh dan melakukan keganasan di Lahad datu sabah.

Mereka ditahan di perairan dekat pulau tawi-tawi oleh pasukan keselamatan Filipina selepas keluar dari sabah. Kesemua mereka juga akan didakwa kerana tuduhan memiliki senjata api.

Dalam taklimat media, jurucakap presiden, Edwin Lacierda, berkata kerajaan juga akan menganalisis mengapa pegawai perisikan gagal menghalang Jamalul Kiram daripada menghantar 200 pengikutnya ke Sabah, awal Februari lalu.

Mengulas lanjut, De Lima berpendapat Jamalul Kiram dan pengikutnya tiada peluang untuk menang tuntutan terhadap Sabah.

Katanya, Jamalul Kiram sudah diberi peluang untuk memanggil pulang pengikutnya dari Lahad Datu sebelum pertempuran meletus dengan tentera Malaysia, 1 Mac lalu. Bharian

Wanita pernah pindah Organ lima kali selamat lahirkan anak


al-ansari

Dasyat apabila seorang wanita yang pernah menjalani lima permindahan organ dalaman selamat melahirkan anak.

Wanita yang bernama Al-Ansari berasal dari Qatar melahirkan anak di miami seminggu yang lalu, anak yang dilahirkan jantina perempuan.

Kejadian yang menakjubkan ini adalah satu keajaiban bagi Al-Ansari yang juga pernah menggugurkan anak dahulu kerana terpaksa membuat pembedahan menggantikan Organ dalaman.

Pada tahun 2007, dia telah menerima organ baru iaitu Usus besar dan kecil, pankreas, hati dan perut.

Dia telah dinasihati supaya tidak lagi hamil supaya tidak membahayakan nyawanya tetapi Al-Ansari tidak mengendahkan nasihat itu dan tetap mahu mendapatkan anak dari daging darahnya sendiri.

Meskipun berbahaya, Fatema mengambil keputusan untuk meneruskan hasrat mempunyai anak. Pakar sakit puan, Dr Salih Yasin berkata, dia membantu Fatema hamil menerusi permanian berhadas dan menyifatkan kejayaan wanita itu melahirkan anak sebagai satu keajaiban. Hmetro

Mungkin bagi Al-Ansari tidak guna lagi dia hidup jika tidak dapat hamil dan melahirkan anak.

TERGEMPAR! Malaikat terbang di awan

awan malaikat di florida

TERGEMPAR! Malaikat terbang di awan - Heboh seluruh United State apabila kemunculan awan yang seakan menyerupai Malaikat, Berita ini tersebar melalui Facebook dan seterusnya tersebar seluruh dunia.

Warga Florida beranggapan bahawa itu adalah malaikat, kerana kejadian aneh ini berlaku pada hari bersejarah untuk agama mereka.

Pertama kali gambar ini disebarkan melalui Akaun facebook Stesen TV Florida Selatan, Seterusnya seperti viral ia tersebar seluruh laman sosial, blog, forum, berita dan lain-lain.


Peristiwa terjadi beberapa jam, setelah penampilan perdana Kardinal Jorge Mario Bergoglio sebagai Paus Fransiskus I, di Vatikan, Rabu (13/3/2013) lalu. Awan berwarna oranye menyerupai malaikat terbang, terlihat di atas langit Desa Royal Palm Beach, Florida, AS, saat sore hari.

Seperti dikutip Tribunnews.com dari Huffington Post, Jumat (15/3/2013), penampakkan mengagumkan itu diposting pertama kali dalam akun Facebook stasiun televisi Florida Selatan dan sekitarnya, WPTV. Lantas, postingan serupa disebarkan oleh penyiar ramalan cuaca WFLX, Steve Weagle. Tribunnews

Wednesday 13 March 2013

Malaysia Tidak Pernah Bertindak Kejam Dengan Warga Filipina

pencerobohan penganas sulu

Malaysia Tidak Pernah Bertindak Kejam Dengan Warga Filipina
| Dalam laporan media Filipina melaporkan bahawa pihak malaysia bertindak kejam dengan warga Filipina yang tinggal disini. Laporan yang tidak berasas itu ditolak sekeras-kerasnya oleh malaysia.


"Dakwaan yang dilaporkan itu adalah rekaan pembohongan oleh mereka yang berniat merosakkan serta menimbulkan ketegangan hubungan baik dan erat antara Malaysia dan Filipina," katanya.

Akhbar itu mendakwa pasukan keselamatan negara bertindak kejam dengan menyasarkan warga Filipina keturunan Suluk dan Tausug di Sabah berikutan insiden pencerobohan pengganas di Lahad Datu dan Semporna. Laporan utusan

Selama ini malaysia menerima mereka tinggal di sabah tapi dibalas dengan menuduh malaysia yang bukan-bukan. Memang tidak pernah kenang budi langsung, patutlah negara mereka miskin dan ramai berpindah ke malaysia untuk mencari kerja.

kenapa bayi ini dibiarkan berdarah di hospital?

bayi berdarah
Sedih apabila mendapat berita tentang bayi yang dibiarkan berdarah disebuah hospital kerajaan kota bharu. Apa dosa bayi ini sehingga dibiarkan begini, bukan ke jururawat diupah untuk menjaga bayi-bayi ini.

Pasti bayi itu kesakitan kerana dia sedang menangis, bayi tidak boleh bercakap tapi kita boleh tahu bayi itu sedang kesakitan.


Luahan seorang ayah di facebook mendapat perhatian apabila dia memberitahu sikap jururawat yang menjaga bayinya yang sombong dan ego.

bile ditanya..nurse salahkan baby kerana bergerak gerak dlm babycase..bila ditanya lg, klau xsuka benda mcm ini, jangan masuk hospital kerajaan katanya.."

Memanglah bayi bergerak-gerak kerana kesakitan, kecualilah mereka tidur baru bayi itu diam!

Adakah Wajar Seorang jururawat berkata begitu, walaupun dia stress dan banyak kerja tapi dia sepatutnya tidak membiarkan bayi itu berdarah kerana ia masih bayi lagi. Lainlah kalau dah tua bangka.

Saya harap pihak Hospital membuat siasat berkenaan jururawat itu, Hal ini berkaitan dengan nyawa. Nasib baik bayi itu tidak mendapat kecederaan yang serius.

Laporan Asal www.blogaul.com

Anak Darah Sunti dan payudara besar sahaja dibenarkan memetik daun teh

wanita petik daun teh guna mulut

Anak Darah Sunti dan payudara besar sahaja dibenarkan memetik daun teh - Cerita pelik di ladang jiuhua dekat wilayah Henan china apabila Pihak Pengurusan ladang teh hanya mengaji wanita sunti dan berpayudara besar sahaja untuk memetik daun teh. Ia bagi mengekalkan Kualiti Daun teh itu.

Iklan tawaran kerja di ladang itu mencari pemetik daun teh sepenuh masa, syaratnya mestilah seorang wanita sunti dan mempunyai payudara yang besar.

Mereka tidak boleh memetik daun teh menggunakan tangan tetapi hanya boleh menggunakan mulut, selepas dipetik dengan mulut daun itu dimasukkan kedalam sebuah bekas yang di ikat dileher mereka.

"Mereka perlu membersihkan diri setiap kali sebelum mula bekerja dan melakukan senaman khas untuk menguatkan leher dan bibir," kata jurucakap ladang berkenaan, Li Yong.

Kerana mereka mempercayai lagenda dahulu kala bahawa daun teh yang dikutip oleh pari-pari dengan mulut mampu mengubati pelbagai jenis penyakit.

Monday 11 March 2013

Nouri Ramli - Artis Penyanyi Membunuh Suami

artis nouri ramli

Nouri Ramli - Artis Penyanyi Membunuh Suami - Berita mengemparkan dunia Artis tanah air kita apabila sorang penyanyi wanita ditangkap oleh polis kerana memukul suaminya sehingga mati.


Ketua Polis Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin yang mengesahkan perkara itu berkata, Nouri bersama dua anak saudaranya telah ditahan pada pagi Rabu dan di reman di bawah Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah bagi membantu siasatan.

“Kami menahan wanita itu di rumahnya pagi tadi (Rabu) dan tidak dapat dipastikan berapa lama dia akan di reman. Mereka akan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh” rotikaya

Saturday 9 March 2013

Wartawan Ternampak Seorang Lelaki Bersenjata di Zon Merah

kereta kebal tentera malaysia di lahad datu sabah
Wartawan Ternampak Seorang Lelaki Bersenjata di Zon Merah - Kejadian ini berlaku kepada seorang Wartawan ketika memasuki 'Zon Merah' Kampung Labian yang dikawal rapi oleh Pasukan Pengawal Keselamatan.

Beberapa petugas media memasuki Kampung Labian kerana disangkakan tempat itu selamat berikutan pasukan keselamatan berkawal tidak jauh dari tempat itu.

Apabila memasuki kampung itu, seorang Wartawan The Star 'Normiemie' ternampak seorang lelaki yang mencurigakan bersembunyi di sebalik pokok kelapa sawit. Lelaki itu berpakaian gelap keseluruhan dan memegang senjata, apabila lelaki itu tahu wartawan (Normiemie) melihatnya dengan pantas dia merebahkan badannya.

Manakala Normiemie juga menunduk kebawah dan meletakkan kameranya di tanah agar lelaki itu tidak tersilap menyangka kameranya adalah senjata.

Pemandu kenderaan Wartawan TV Al-Hijrah berpatah balik keluar dari kampung Labian apabila diberitahu tentang kelibat lelaki yang mencuriga itu.

Tidak dapat dipastikan lelaki itu Anggota Polis atau Penceroboh Sulu, kini siasatan dilakukan.

Aksi wanita berbogel memprotes Hijab di Iran

protes hijap wanita berbogel di iran

Aksi wanita berbogel memprotes Hijab di Iran - Tunjuk perasaan di sebuah pekan kecil di Negara Iran bernama Stockholm, mereka berhimpun membawa poster  bagi memprotes Peraturan Hijab di pekan ini.

Wanita berkumpul beramai-ramai termasuk lelaki juga untuk menunjukkan protes mereka kepada kerajaan berhubung dengan peraturan Hijab itu. Mereka membawa poster kertas bertulis “No to hijab” dan “My nudity is my protest”.

Penunjuk perasaan menentang keras bagi pemakaian menutup seluruh tubuh juga pemakaian Hijab, mereka memberitahu hak tubuh adalah hak kami.

Dalam laman web FEMEN para aktivis itu menulis sebuah pesan yang berbunyi, “dalam pertempuran sejarah antara 'wanita lawan Islam' yang akan menang adalah wanita!”

Thursday 7 March 2013

Anak Derhaka - Saman IbuBapa RM 600,000

bernard bey saman ibubapa

Pelik apabila seorang anak menyaman ibubapanya sendiri. Bernard Bey Seorang pemuda gelandangan di Brooklyn New York Telah memfailkan saman kepada IbuBapanya sendiri, dia mendakwa punca dia menyaman ibubapanya kerana 'tidak diberi cukup kasih sayang'.

Pada usia seawal 12 tahun, Bernard telah melarikan diri dari rumah kerana tidak tahan dengan seksaan mental dan verbal yang dilakukan oleh kedua ibubapanya. Dia kini hidup di rumah penjagaan gelandangan dan dia juga adalah seorang rapper. Jika dia menang kes saman ini, dia ingin menggunakan duit itu untuk membuka sebuah kedai Pizza. katanya

IbuBapanya membidas semua dakwaan anaknya itu bohong semata-mata, dia seorang yang pemalas dan tidak berkerja. Dia menyaman kami kerana ingin mendapatkan wang dengan cara mudah.

Kami sendiri tinggal dirumah sewa dan tidak mampu membayar saman itu jika dia menang.

Pelik - Rumah Setinggan di Shanghai China

rumah setinggan china

Semua Kontena-kontena ini adalah sebuah rumah yang menempatkan orang miskin, Walaupun Shanghai salah satu bandar pesat membangun tapi rakyatnya yang berpendapatan rendah terpaksa bergelut untuk hidup disana berikutan harga keperluan harian semakin meningkat.

Rumah sewa di shanghai mahal-mahal sehingga mencecah Ratusan Dolar, ini sudah pasti rakyat yang berpendapatan rendah tidak mampu membanyar sewa rumah disana. Malah kontena-kontena ini juga mempunyai sewa sebanyak USD 80 (RM 243.2) sebulan.

Saya bersyukur hidup di Negara malaysia yang mempunyai kerajaan mengutamakan rakyat.


Wednesday 6 March 2013

Fakta Sebenar 700 Haiwan Terbiar Dimatikan Setiap Hari

kucing dimatikan di pusat perlindungan

Ramai dikalangan kita tidak tahu kemana haiwan terbiar ditempatkan apabila ditangkap oleh pihak berkuasa, Kebanyakkan haiwan-haiwan ini akan dimatikan apabila tempat perlindungan tiada ruang lagi untuk mereka.

Pasti kita mahu tahukan macam mana mereka mematikan haiwan itu, Seorang wanita yang bernama Mary Shannon Johnstone telah mengambil gambar-gambar haiwan ini sebelum dan selepas dimatikan.

Gambar ini telah diambil di Pusat Perlindungan Haiwan di North Carolina, di Pusat Perlindungan itu 700 ekor anjing dan kucing dimatikan setiap hari berikutan tempat itu terhad. Mereka menyuntik mereka sehingga mati tapi sudah tentu haiwan-haiwan ini meronta-ronta sebelum mati.

Mary mengambil gambar ini bagi program siri Discarded Property album fotonya untuk menyedarkan orang ramai supaya memandulkan Haiwan peliharaan mereka bagi mengurangkan haiwan terbiar ini.

Kesian apabila melihat gambar-gambar ini.





Seorang rakyat malaysia yang sangat baik hati bernama pak mie terkenal kerana menjaga ratusan anjing dan kucing terbiar walaupun dia miskin.

Ngeri - Topi Keledar Bentuk Kepala Orang

Topi keledar berbentuk kepala, jika kepala yang comel-comel tidak apa ni seakan-akan kepala orang yang di korek isinya dan dijadikan topi keledar. Gila tidak ngeri, saya tengok pun dah takut.

Macam-macam design topi keledar sekarang ya, silap-silap lepas ni ada pulak topi keledar bentuk hantu pontianak. Kalau malam-malam pakai mesti ada yang kemalangan sebab ingatkan ternampak hantu, lagilah kalau pemandu motor tu pakai baju putih rambut panjang hehe.

topi keledar kepala orang

topi keledar kepala

Tuesday 5 March 2013

Kedutaan malaysia di Filipina diserbu oleh penunjuk perasaan

Ketegangan krisis yang melanda sabah sekarang ini menular di kedutaan kita yang berada di Filipina apabila kedutaan malaysia di Filipina diserbu seratus penunjuk perasaan. Berkenaan tunjuk perasaan itu, pihak polis dikerahkan bagi mengawal tunjuk perasaan dari melakukan kekecohan.


Selepas beberapa jam pihak keselamatan malaysia mengempur kubu sultan sulu, 100 orang tunjuk perasaan berkumpul di kedutaan Malaysia, Filipina.

Tunjuk perasaan yang membawa sepanduk mengatakan hasrat mereka mendesak kerajaan malaysia menyelesaikannya secara aman dan mahu kerajaan Filipina menuntut perbincangan berkenaan hak negeri sabah.

Tunjuk perasaan bersurai pada tengahari dan berkata akan kembali dengan lebih ramai jika masalah ini masih tidak diatasi.


p/s: Macam mana mahu selesaikan secara aman jika Penceroboh sultan sulu(penganas) dengan membawa senjata telah membunuh 8 anggota polis malaysia. Kalau mahu dengan aman, jangan bawa senjata!

Saturday 2 March 2013

Apa Cerita Azwan Ali mahu Bertanding PRU13 Pula Ni?

azwan ali bertanding PRU13

Kontroversi je Azwan Ali ni, kali ni dia membuat kenyataan di twitter bahawa dia berhasrat ingin bertanding PRU13 ini sebagai calon bebas. Dengan pengaruhnya sebagai selebriti, dia percaya untuk memenangi beberapa kerusi pada pilihan raya tahun ini.

Tiba-tiba je si Azwan ni mahu bertanding PRU, buang tebiat ke? mahu tambah kontroversi dia lagilah ni.


“Ya, saya ada menulis beberapa kali di Twitter tentang hasrat untuk bertanding pada pilihanraya akan datang. Alhamdulillah maklum balas saya terima sangat menggalakkan”

“Buat masa ini saya tidak mahu bercakap apa-apa dahulu, kita lihat apabila tiba masanya nanti,” ujar adik kepada Azmin Ali, Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) ini.

“Saya rasa saya ada pengikut saya sendiri. Jika kita lihat, ada juga calon Bebas yang kita tidak kenal langsung pun cuba untuk bertanding. Saya yakin saya ada pengaruh,” tambah Azwan Ali yang tidak mahu menyertai mana mana parti politik. Rotikaya

Pemenang Festival Filem Malaysia Ke 25 (FFM 25) 2013

Festival Filem Malaysia Ke 25 (FFM 25)

Ketika ini telah berlangsung Festival Filem Malaysia Ke 25 (FFM 25) di Putrajaya, Pemenang Edisi kali ini telah diumumkan. Buat pertama kali Festival ini diacarakan oleh Fahrin Ahmad & Erra Fazira yang bergansing buat kali pertama.

Adakah gandingan pengacara ini berjaya menghangatkan lagi suasana FFM 25 kali ini, bagi saya oklah.

Sekarang kita lihat keputusan pemenang terkini Festival Filem Malaysia Ke 25, tahniah kepada semua pemenang-pemenang FFM 25 tahun ini.

Senarai Pemenang Festival Filem Malaysia Ke 25:


Filem Box Office – Ombak Rindu

Anugerah Khas Sepanjang Hayat Wanita – Seniwati Mariani Ismail

Anugerah Khas Sepanjang Hayat Lelaki – Datuk Aziz Sattar

Anugerah Khas Juri Penggiat TV Lelaki – Mano Maniam

Anugerah Khas Juri Penggiat TV Wanita – Lai Meng

Anugerah Khas Juri – Filem Vajram

Pelakon Harapan Wanita – Jojo Goh 

Pelakon Harapan Lelaki – Izzue Islam 

Pelakon Pembantu Wanita Terbaik – Normah Damanhuri (Songlap)

Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik – Syafie Naswip (Songlap)

Penyunting Terbaik – Wong Hui Lynn (Songlap)

Cerita Asal Terbaik – Dain Iskandar Said (Bunohan)

Lakon Layar Terbaik – Dain Iskandar Said (Bunohan)

Sinematografi Terbaik – Hariss Hue Abdullah (Songlap)

Pelakon Wanita Terbaik – Maya Karin (Ombak Rindu)

Pelakon Lelaki Terbaik – Faizal Hussein (Bunohan)

Monday 25 February 2013

Budak Mati Kerana Makan Kangkung

mati makan kangkung
Kangkung Tumis, dll yang berkaitan dengan KANGKUNG. Mungkin cerita ini dapat menjadi pertimbangan bagi kita semua ketika kita hendak makan KANGKUNG.

Suatu hari, di klinik yang terkenal di Malaysia, semua Dokter kebingungan karena ada seorang anak kecil yang menderita sakit perut. Anak itu dibawa ke klinik oleh Orang tuanya setelah 2 hari menderita DIARE. Sudah berbagai macam obat sakit perut yang diberikan kepada anak itu, namun DIARE tidak kunjung sembuh.

Kemudian Orang tua anak tersebut ditanya oleh Dokter, "makanan apa yang dimakan oleh si anak dalam 2 hari ini? "Orang tuanya kbingungan, karena sejak anaknya DIARE, si anak tidak mau makan, dia hanya minum susu putih, itu pun muntah.

Setelah diperiksa, ternyata sebelum menderita DIARE, malam si anak makan Kangkung Tumis di Rstoran bersama Orang tuanya. Dokter segera melakukan X-RAY, ternyata dalam usus anak tersebut telah berkembang biak LINTAH degan anaknya yang kecil-kecil. Dokter menyerah dan menyatakan tidak sanggup mengambil tindakan medis apapun. Akhirnya anak kecil malang itu pun MENINGGAL DUNIA.

Setelah diperiksa ulang, ternyata Lintah itu sebelumnya berada didalam batang kangkung yang besar. Memang, untuk penggemar kangkung tumis yang paling enak adalah BATANGNYA.

Lintah yang berada di dalam batang kangkung itu tidak akan mati walau dimasak selama 20 menit, apalagi untuk kangkung tumis proses memasak tidak terlalu lama agar menghasilkan rasa kangkung yang sedap. Lintah hanya akan MATI jika DI BAKAR.

Di dalam usus anak kecil tadi, lintah hanya butuh waktu 1 - 2 hari untuk berkembang biak.
Jika ada keluarga atau teman yang mengalami hal tersebut, lakukan tindakan dengan memberi minum air rendaman tembakau (bisa diambil dari rokok kretek) biasanya lintah akan keluar dan dalam keadaan mati. Dan disarankan bila anda memasak kangkung harap belah batangnya.


Kami menyarankan bila anda memasak kangkung, Harap belah batang Πўa dan bersihkan dengan air hingga bersih

Saturday 23 February 2013

Artis Hollywood Kembar Siam

Ramai yang tidak perasaan bahawa sesetengah artis terkenal di hollywood mempunyai kembar orang biasa, mesti orang biasa itu selalu kena ikut oleh peminatkan sebab sama rupa dengan artis pujaan mereka.





laporan asal blogserius

Friday 18 January 2013

Apabila Wanita Berbicara



cinta cerita

Terima kasih tuhan kerana memberikan cinta untukku merasai nikmat dunia dan mewarnai hidupku selama ini. cinta terlalu besar pengertiannya, cinta jua adalah fitrah. cinta paling agung dan paling tinggi bukanlah kepada kekasih hati sebaliknya kepada ALLAH DAN RASUL. cinta sesama makhluk boleh datang dan pergi tapi tanpa cinta kepada pencipta tidak mungkin semuanya benar dan kekal apatah lagi sekiranya cinta hanya berdasarkan nafsu semata. HEBATKAN PENANGAN CINTA?? ianya digambarkan seperti " CINTA ITU BAGAIKAN POHON, AKARNYA MENJUNAM KE TANAH DAN PUNCAKNYA BERBUAH LEBAT.. "

Bunga-bunga cinta tidak dapat kita hindari kerana ia sudah bertunjang di hati dan bila tiba saatnya mekar mewangi namun wangian itu biarlah kepada orang yang dekat dahulu seperti ibu,ayah dan ahli keluarga. cinta akan membawa kita jauh tetapi kiranya kita tidak mencintai diri sendiri dahulu semuanya akan berkecai. paling susah adalah untuk belajar mencintai diri sendiri. kita sering melakukan sesuatu untuk orang yang kita cintai tetapi jarang sekali kita melakukan sesuatu untuk diri kita sendiri dahulu.

apakata kita ubah persepsi dan mulakan dengan melakukan sesuatu yang berharga untuk diri sendiri ,belajar mencintai diri sendiri dahulu sebelum memberi cinta kepada orang lain.

Bagaimana mahu belajar mencintai diri sendiri? Susah sebenarnya kerana naluri kita ini lebih mahu menyenangkan orang lain daripada diri sendiri. takut dilabel sebagai pentingkan diri sendiri pula. sebenarnya semuanya adalah bermula daripada diri kita.
kalau kita gembira dan bahagia sahaja orang-orang sekeliling juga bahagia kerana aura diri kita itu akan menyelubungi orang lain. Percayalah ia ada sangkut paut dalam kehidupan harian kita. Sayangi diri dengan mengamalkan cara hidup sihat. bila minda dan fizikal kita sihat, sudah tentu kita dapat melakukan semua perkara dengan jayanya. sentiasa berfikiran positif kerana ia membantu kita melebarkan ukhwah. Tingkatkan iltizam, semangat untuk berjaya dan berusaha ke arah kejayaan.

Tidak juga salah mencintai orang lain, dari mata turun ke hati, kalau sudah berkenan, apa mahu dikata. biasanya orang cenderung menafsirkan cinta untuk uda dan dara sahaja. Cinta terhadap lelaki dan wanita ini yang sering dilagukan, adakalanya mendayu-dayu bila cinta tidak kesampaian. namun seringnya mereka lupa dalam mencari cinta dan jodoh perkara yang ditekankan dalam islam iaitu hartanya, kecantikannya, keturunnya, agamanya, maka pilihlah yang mempunyai agama necaya kamu akan bernasib baik. cinta biarlah sampai ke syurga dan andainya dalam bercinta kita kecewa tidak usah berputus asa. Adat orang bercinta adakala bahagia dan ada ketikanya kecewa. Usah terlalu menurut  hati kerana dunia ini masih terbentang luas di hadapan kita  biarpun percintaan yang disemai terputus di tengah jalan.

mungkin bukan jodoh kamu dengannya dan percayalah kita tidak pernah tahu apa yang diaturkan untuk kita di hari hadapan. mungkin akan hadir orang yang lagi baik dan bagus untuk kita harungi hidup bersama. setiap apa yang berlaku adalah pengalaman dan ia mendewasakan kita. tidak perlu 'frust' menonggeng hingga ada yang sanggup membunuh diri. apalah sangat kecewa cinta, kerana cinta itu boleh datang dan pergi cuma mental harus kuat bila bermain dengan perasaan. kalau mental tidak kuat memang jiwa boleh kacau bilau. sebab itulah kita manusia dikurniakan akal, agar kita tidak terlalu terbawa oleh emosi.

Duduk dan fikir sejenak, nilai kembali diri kamu dan mulakan langkah baru. Insya-Allah saya percaya cinta akan datang kembali. beri masa untuk diri kamu sendiri. Jangan ditagih cinta orang yang tidak sudi. Mungkin sudah tertulis dia bukan untukmu, apa mahu disesalkan takdir kerana takdir boleh berubah dengan usaha dan doa.

Jika kecewa, jadikan ia sebagai pembakar semangat tapi yang sedang bahagia jangan pula mendabik dada kerana ujian tuhan tidak pernah kita ketahui. kerana itulah orang selalu berpesan, biarpun sebesar mana cinta kita kepada seseorang, simpanlah sedikit untuk diri sendiri agar jika kita jatuh kita tidak merudum. bangkit daripada kekecewaan bukan mudah tetapi bagi mereka yang berjaya mengharunginya, pasti kenangan lalu itu sesuatu yang manis untuk dikenang di kemudian hari. Bak kata orang putih " i've been there, i've done that". kalau tidak nanti tidak menarik sembang-sembang bersama teman kerana tidak ada frasa, ' my ex ' atau ' bekas kekasih '.
Memang masa menjadi penawar bagi melupakan seseorang yang istimewa, hidup memang tidak ubah seperti sebuah album gambar, yang setiap satu memberi kenangan tersendiri. sesekali bersua atau terserempak dengan bekas kekasih membuatkan hati kita terusik tetapi ada juga yang membuatkan kita bersyukur kerana memang dia bukan jodoh kita. sepanjang jalan kenangan, ada yang terindah dan ada pula yang tidak mahu dikenang namun yang manis mahu yang pahit, satupun tidak mungkin dapat dipadamkan. memang kalau boleh kita mahu sejarah hidup kita cantik dan menarik namun siapa kita untuk menentukannya. setiap kenangan lalu ada harganya dan ia menjadi koleksi klasik dan nostalgia buat setiap orang.

bagi kawan-kawan yang masih muda remaja jangan takut kerana hari ini kamu mungkin menangis kerana cinta tidak kesampaian tetapi suatu ketika nanti kamu akan ketawa mengenangkan kebodohan diri.

Cinta sering membuatkan kita melakukan perkara-perkara bodoh kerana kita terlalu meletakkan pengharapan dan lupa bahawa cinta kepada Allah mengatasi segalanya. Kita merasakan cinta kepada manusia terlalu besar dan taksub dengan cinta tersebut. Itulah silapnya kita sebaliknya jika kita mahu cinta yang diredhai, letakkanlah Cinta kan Allah dan Rasul di tempat teratas, barulah tindak tanduk kita mengikut lunas-lunas yang diredhai.

Apapun, percayalah cintai diri sendiri dahulu dan lakukanlah perkara-perkara yang kamu cintai kerana bila diri bahagia, kamu juga membahagiakan orang-orang yang menyayangi dirimu. Renung-renungkan..

Boleh Ke Tablets Ambil Tempat Sebagai Guru?

Boleh ke tablet ganti tempat guru mengajar budak-budak? Pengguna tablets secara meluas di negara-negara kaya,tetapi macam mana dengan negara-negara yang ditahap kelas ketiga.. walau bagaimana pun, jika diberi peluang mereka yang tinggal dinegara kelas ketiga akan cepat belajar mengenai bagaimana fungsi peranti itu. Baru-baru ini sebuah Organisasi one laptop per child memberi kanak-kanak di Ethiopia laptop untuk melihat kanak-kanak itu belajar tanpa faedah guru-guru sebenar.

tablet ganti guru

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...