Saturday 23 March 2013

Ustaz Azhar Idrus: Jangan Hina Tentera Kita!


Ustaz Azhar Idrus

Pendakwah terkenal, Ustaz Azhar Idrus memberi respon berkenaan isu sesetengah individu yang menghina anggota keselamatan negara yang berjuang di Lahad Datu untuk mempertahankan Sabah daripada ancaman pengganas Sulu.

Beliau menyatakan demikian ketika ditanya oleh pengikut laman Facebook beliau yang bertanya berkenaan hukum individu yang tidak bertanggungjawab menghina anggota keselamatan negara di Lahad Datu

Beliau juga menukilkan sebuah Hadis yang lebih kurang maknanya "Antara mata yang tidak akan masuk neraka ialah mata orang-orang yg berjaga(tidak tidur) di sempadan atau di medan kerana mengawal atau menjaga keselamtan negara".


Terbaiklah Ustaz Azhar Idrus Bagi komen, walaupun ahli Pas tapi tetap dapat bezakan buruk dan jahat. Bukan sesetengah Ahli itu yang berdiam je malah ada yang menyokong menghina pasukan keselamatan malaysia.

Friday 22 March 2013

Kejam! Bunuh Lepas itu Makan Otak dan Sup Zakar Mangsa


KANIBAL PAPUA NEW GUINEI
SYDNEY: Polis di kawasan terpencil Papua New Guinea telah menahan anggota kumpulan kultus kanibal yang didakwa membunuh sekurang-kurangnya tujuh orang, memakan otak mereka mentah-mentah dan membuat sup daripada zakar mangsanya itu, kata satu laporan, semalam.

Sejumlah 29 orang yang ditangkap polis itu adalah sebahagian daripada 1,000 anggota kumpulan tersebut, yang dibentuk bagi menentang ahli sihir yang menyeleweng, yang disifatkan oleh akhbar The National sebagai mereka yang mengenakan bayaran keterlaluan.Kos menggunakan seorang bomoh bagi mendedahkan punca kematian atau menghalau hantu biasanya sekitar 1,000 kina ($600) dalam bentuk wang tunai bersama seekor babi dan seguni beras tetapi ada juga yang meminta habuan seks bagi pembayarannya.

"Adalah melanggar etika tradisional dan moral kami bagi seorang ahli sihir mengadakan hubungan seks dengan isteri seorang lelaki atau anak perempuan remajanya," kata seorang pemimpin kultus di Tangi, sebuah daerah pedalaman wilayah Madang di kawasan pantai timur Papua New Guinea.
"Itu adalah punca utama kekecewaan yang menyebabkan pembentukan satu kumpulan memburu ahli sihir. "Dari masa ke masa, apabila para suspek dibebaskan bagi meneruskan tugas sebagai ahli sihir, kami semakin lelah dan bosan," katanya lagi.

Terdapat kepercayaan berleluasa terhadap ilmu sihir di Papua New Guinea, yang ramai penduduknya tidak dapat menerima punca-punca semula jadi sebagai penjelasan bagi kejadian-kejadian malang, kesakitan, kemalangan atau kematian. Menyusuli pembunuhan itu, polis telah menyerbu kampung Biamb dan menangkap 29 orang termasuk lapan wanita, pada minggu lalu. - Laporan AFP.

Wednesday 20 March 2013

Panas: Abby Abadi Dapat Bayaran RM50,000 Seminggu


abby abadi\
Pendedahan yang dilakukan oleh Sanggah Tok Janggut amat mengejutkan.

Blog berkenaan mendakwa bekas artis yang kini bergelar Ustazah Celop kepada PAS, Abby Abadi telah ditaja sehingga RM 50,000 oleh seorang individu. Apakah individu tersebut adalah seorang individu yang bergelar Ustaz di dalam PAS? Ikuti pendedahan selanjutnya dari blog tersebut;
ABBY Abadi yang sedang digelarkan sebagai Ustazah Mee Segera ini semakin hari semakin melampau dan berbagai-bagai fatwa gila dikeluarkannya termasuklah menyokong gerakan pengganas Kiram di Lahad Datu dan juga mengangkat pengganas Kiram yang mati itu sebagai mati syahid dan kegilaan beliau semakin menjadi-jadi.

Saya tidak berminat untuk menulis tentang selebriti munafik ini tetapi sejak melihat tingkahnya di media maya semakin menjadi-jadi,tekak tiba-tiba terasa loya melihat betapa `alim dan mulianya’ bekas selebriti ini dan bekas barang terpakai tinggalan Norman Hakim ini perlu diberikan kata dua supaya beliau tahu bahawa ada orang tahu siapa beliau sebenarnya.

Bekas pelakon ini boleh dikategorikan antara wanita nakal,bermulut jahat,merelakan dirinya jadi alat untuk memecahbelahkan indsutri dunia hiburan tanahair dan janda Norman Hakim ini perlu diajar supaya tidak menjadi telunjuk lurus tetapi kelingking berkait dan kalau mahu bertaubat sekalipun taubatlah sepenuhnya dan jangan berlakon sebagai orang baik-baik sedangkan hakikatnya Abby bagaikan menyembunyikan `kejalangannya’ baik dari tutur kata serta perbuatannya.

Saya ingin memberikan peringataan kepada Abby Abadi bahawa saya tahu apa yang berlaku di London baru-baru ini dan dengan siapa Abby ke sana.Siapa VVIP yang menaja segala perbelanjaan.Abby ke London yang pada mulanya hanya berbekalkan satu beg tetapi pulangnya ke Malaysia dengan enam beg dan beg-begnya dibawa oleh private jet balik ke Malaysia.Dan apa kerja yang Abby lakukan hingga dapat bayaran RM50,000 selama seminggu? Takkan menyanyi ataupun berceramah di London hingga dapat bayaran sedemikan besar jumlahnya.

Ini peringatan kepada Abby,Jika beliau tidak menghentikan keceluparannya mempermainkan agama,mengadu domba serta memberikan tafsiran agama yang bukan-bukan,saya akan menelanjangi satu persatu topeng-topeng munafik yang sedang dipakai oleh Abby ketika ini.

Kita tidak mahu mendedahkan pada setiap persembahan pentas sebelum ini beliau sering sebilik dengan teman lelakinya malah sering meminta penganjur menyediakan bilik bersebelahan bila mereka ada pertunjukan pentas secara bersama tetapi kita juga ngin tahu wang siapa sebanyak RM20,000 yang Abby minta bagi menjayakan majlis harijadi anaknya.Tidak cukup RM50,000 di London!Rumah Kedai di Taman Melawati itu pun kita tahu datang daripada siapa?Jangan berselindung di sebalik penjualan jubah sedangkan hakikat sebenar ada yang tahu puncanya.

Ini juga akan didedahkan sekiranya Abby tidak bertaubat dan meminta maaf kepada rakan-rakan yang beliau kafir serta sesatkan selama ini.Jangan tunjuk baik sangat Abby!Jangan selak kain orang lain kalau kain sendiri koyak rabak!Jangan satu jari menuding kepada orang lain sembilan jari lagi menuding ke diri sendiri..!

Kalau beliau betul sudah insaf,bertaubat dan ingin menjadi muslimah sejati yang diredai Allah dunia dan akhirat,Abby tidak akan memilih jalan sesat begini hingga segala tutur kata terutama sekali dalam Twiter dan juga berceramah,penghinaan demi penghinaan dilemparkan kepada orang yang tidak menyokong beliau.

Kita sedar artis ini semakin sesat dalam dunia yang beliau sedang ciptakan dan itu urusan beliau kalau mahu sesat sekalipun tetapi mengajak orang lain agar sesat sama sesuatu yang cukup bertentangan apatah lagi kita pun tidak tahu siapa guru agama janda yang sedang didkawa ramai sebagai tengah meroyan ini.

Abby belum putih sepenuhnya dan nilai taubat yang sedang beliau laung-laungkan ketika ini sama sahaja dengan nilai perjuangan PAS parti yang Abby dokong penuh dengan kehanyirannya yang tersendiri malah Abby juga sama dengan para pejuang PAS lain yang menggunakan agama untuk menutup kebejatan moral masing-masing.Dan pejuang PAS kononnya seperti Abby inilah yang diusung ke hulu ke hilir bagi dijadikan agen memecahbelahkan orang muda.

Jadi kepada Abby,kita pesan sekali lagi.Hentikan segala keceluparan,kebodohan serta kebiadapan ini sekiranya tidak mahu topeng yang sedang menutupi wajahnya ketika ini terbuka satu persatu.

Sumber

Tuesday 19 March 2013

Lahad Datu: Topi Ubat Kerinduan Anak Kepada Ayah Yang Terkorban


Lahad Datu: Topi Mengubat Kerinduan Anak Kepada Ayah Yang Terkorban | Terubat rindu seorang kanak-kanak yang kehilangan ayah ketika terkorban dalam insiden Pencerobohan Lahad Datu.

Kangar: Topi milik Allahyarham Asisten Superintendan Zulkifli Mamat, seorang daripada 10 wira negara yang gugur dalam pertempuran dengan pengganas di Sabah, masih kerap dipakai anak sulungnya, Noor Aqmar Amiruddin, 5, sebagai pengubat rindu.

topi menjadi ubat kerinduan

Ibu kanak-kanak itu, Nor Aziah Noor, 28, berkata, Noor Aqmar gemar memakai topi arwah suaminya kerana ketika Allahyarham masih hidup, dia selalu memuji anaknya kelihatan kacak apabila memakai topi itu.

“Sebab itu dia suka pakai topi ayahnya. Dia kuat semangat dan sering pujuk bila saya menangis setiap kali teringatkan arwah, tapi pada masa sama dia juga sering mengigau dengan memanggil nama ayahnya, mungkin kerana terlalu rindu,” katanya.

Nor Aziah ditemui di rumahnya, di sini, semalam, ketika menerima kunjungan Menteri Besar Perlis Datuk Seri Dr Md Isa Sabu dan Ketua Polis Perlis Senior Asisten Komisioner Zull Aznam Haron yang turut menyampaikan sumbangan daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Hmetro

Sangat la sedih melihat anak kecil ini kehilangan ayahnya, juga bersyukur kerana ayahnya mati ketika memperjuangkan kedaulatan undang-undang. Semoga roh arwah ditempatkan disyurga.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...