Sunday, 26 June 2011

Otak Terbasar Di Dunia


Otak terbesar di dunia adalah otak ikan paus jenis 'sperm'. secara puratanya,otak haiwan ini seberat 7.8 kilogram ataupun kira-kira 17 paun. Jika dibandingkan dengan otak manusia,purata berat otak manusia biasanya dianggarkan antara 1 kilogram hingga 1 1/2 kilogram ataupun antara 2.2 paun hingga 3.3 paun.
Namun jika dikira relatifnya dengan ukuran badannya yang biasanya boleh mencecah sehingga 50.000 paun,maka saiz otaknya itu hanya sekadar 0.034% sahaja daripada berat keseluruhannya sedangkan otak manusia pula adalah pada kadar 1.35% daripada berat keseluruhan.

Paus sperm berbeza kerana kepalanya yang besar, terutama bagi paus jantan yang biasanya satu pertiga daripada panjangnya..
kulit dibelakang paus sperm biasanya berkedut dan telah disamakan dengan prune oleh peminat pemerhati paus. Paus sperm mempunyai 20-26 pasang gigi pada rahang bawah. berat setiap gigi paus sperm boleh mencecah sehingga 1 kilogram. kewujudan gigi ini tidaklah diketahui sebab dipercayai paus tidak memerlukan gigi untuk makan sotong, malah Paus sperm liar yang sihat dan cukup makan telah dilihat tanpa gigi. para saintis masa kini memberitahu kemungkinan gigi-gigi tersebut digunakan dalam pertelingkahan paus jantan dalam spesies yang sama.





Tuesday, 21 June 2011

sabah, wellcome to pitas

wellcome to pitas..

pitas adalah berasal dari perkataan "NOPITAS" satu perkataan bahasa suku kaum etnik sungai/tombonuo yang bermaksud "TERPUTUS" ,satu ketika dahulu sungai bengkoka dilanda arus banjir yang deras dan menyebabkan sungai bengkoka terputus.maka perkataan "NOPITAS" (terputus) diabadikan oleh penduduk setempat pada masa itu sehingga kini..
Daerah pitas diiktiraf sebagai sebuah daerah penuh pada tahun 1975,dan daerah pitas mempunyai keluasan 141,935 hektar dan topografinya berbukit-bukau dan tanah landai. ia terletak kira-kira 195 kilometer dari kota kinabalu dan 132 kilometer dari kudat ,bersempadan dengan daerah kota marudu di sebelah barat,daerah beluran dan paitan di sebelah timur.

gamat putih, pitas yang terkenal













juga banyak udang galah yang hidup dalam sungai air tawar













selain daripada perayaan sambutan pesta kaamatan, perahu berhias juga adalah pesta tahunan di sini













banyak tempat yang menarik sebenarnya di pitas untuk dilawati,cuma belum di buka untuk orang awam kerana masih dalam pembinaan.

Tarikan Pelancong Di Pitas

Pitas adalah salah satu pusat pelancongan yang menggamit tarikan pelancong dari dalam mahu pun luar negara

ini adalah tempat-tempat yang menjadi tarikan pelancong antaranya batu supirak

batu berunsai

batu talam

dan telaga air tawar di kawasan air masin yang terletak di kampung Malubang Pitas

Jom cuti-cuti di Sabah














































Tanjung Simpang Mengayau juga dikenali sebagai NORTHERNMOST TIP OF BORNEO,ia terletak di daerah kudat,sabah. Tempat ini merupakan titik permulaan antara Laut Sulu dan Laut China Selatan.Di Tanjung Simpang Mengayau,para pengunjung boleh menyaksikan pemandangan yang mempersonakan.Tempat ini dikelaskan sebagai salah satu tempat pusat pelancongan yang paling cantik di sabah.
Tempat ini terletak 50km dari bandar kudat, para pengunjung boleh menaiki kereta sewa,persendirian atau teksi dan masa yang di perlukan untuk sampai ke destinasi dianggarkan lebih kurang 40minit sahaja. 1 hari berada disini memang tidak puas menikmati keindahan dan kedamaian tempat ini.

Poring Hot Spring, Ranau





Ini salah satu tempat yang di gemari yang berkunjung ke taman kinabalu,iaitu PORING HOT SPRING ataupun, biasa dipanggil kolam air panas semulajadi yang telah di komersialkan.terletak kira-kira 40km di timur laut pusat taman kinabalu,perkataan PORING adalah bahasa ibunda bagi etnik kadazandusun merupakan sejenis spesis pokok buluh yang tumbuh di kawasan itu.ia terkenal kerana kolam air panasnya yang mengandungi galian sulfur yang boleh menyegarkan badan,kolam air panas semulajadi ini amat sesuai bagi menghilangkan rasa penat dan juga sakit sendi bagi mereka yang telah mendaki gunung kinabalu,jangan lupa untuk menyusuri jambatan gantung yang unik yang disediakan disini.
para pelancong juga berpeluang menikmati pemandangan yang indah apabila menyusuri jambatan gantung sepanjang 157.8meter dengan ketinggian 41meter diatas pokok,terdapat juga taman kupu-kupu, pusat pemuliharaan Orkid disana sini dan juga jika bernasib baik anda berpeluang melihat sendiri bunga Rafflessia yang tumbuh subur.
pelancong boleh menaiki bas awam dari kota kinabalu untuk ke kolam air panas poring tetapi perkhidamatan yang mereka sediakan cuma sekali dalam sehari,cara lain adalah boleh menaiki teksi dari pekan ranau dengan anggaran kos rm30.00,bergantung pada kadar sewa teksi.

Monday, 20 June 2011

Gunung kinabalu, sabah




Gunung kinabalu adalah gunung yang tidak asing lagi bagi pelancong2 dalam dan luar negeri, kalau mahukan cabaran jangan ketinggalan untuk menguji ketahanan fizikal dan mental mendaki gunung kinabalu, ianya terletak di dalam Taman Kinabalu yang berada sejauh 80km timur dari kota kinabalu.Gunung kinabalu mempunyai ketinggian setinggi 4,095 meter daripada aras laut.
para pelancong yang berada di kota kinabalu boleh menuju ke Taman Kinabalu dengan menaiki bas yang menuju ke Ranau/sandakan/Tawau (tambang sendiri) atau menaiki bas persiaran yang disediakan khas untuk pelancong (dalam pakej)yang telah di pilih oleh individu ataupun yang berkumpulan. Perjalanan ini akan mengambil masa selama 1-2 jam dengan anggaran kos tambang rm15-rm20 sahaja sehala.
ataupun boleh menyewa kereta di Lapangan Terbang Kota Kinabalu (KKIA) dengan kadar sewa yang berpatutan dan boleh dirunding bergantung kepada syarikat yang mengendalikannya.
apakata kita ramai2 menawan gunung ini? hehehe..

Anak-anak Comel

comel kan anak faizal af4

yang ni pula anak diana rafar&zamarul





















ni anak Q&linda jasmine














yang ni anak kembar kak ziana,comelnye














sazzy falak juga bertuah ada anak kembar
















anak eja jga cute..





















anak ashraf&bunga citra lestari(BCL)
















baby boy model terkenal amber chia





















yang ini anak2 rita rudaini&pemain bola sepak m'sia kita

Saturday, 18 June 2011

Selamat Hari Bapa








hari bapa datang lagi? bagi saya walaupun tidak membesar dengan keluarga kandung namun kasihsayang keluarga angkat juga tiada bezanya ,semua pengorbanan mereka menjaga dan membesarkan saya dari kecil ,saat sakit dan sedih sehinggalah sekarang memang tak pernah pun saya terasa yg saya ini bukanlah anak kandung mereka. saya sangat bersyukur kerana masih punya seorang ayah lagi walaupun bapa kandung saya sudah meninggal ketika umur saya 4tahun,kasihsayang dan perhatian bapa dan ayah tak ada bezanya.kadang2 pernah juga mimpikan arwah bapa kalau rindukan dia cuma semuanya samar2 saja mungkin disebabkan kenangan dengannya tidak banyak dalam hidup saya ketika masih kecil. untuk kawan2 yg masih ada bapa janganlah sakiti hati bapa korang kerana setiap teguran dan kemarahan seorang bapa adalah untuk kebaikan kita juga,dan jika kita mengingkarinya pasti satu hari nanti kita akan menyesalinya. SELAMAT HARI BAPA AYAH..AEN SAYANG AYAH..

Thursday, 16 June 2011

Penggodam tempatan juga terlibat




KUALA LUMPUR:
selain daripada ancaman kumpulan penggodam antarabangsa yang menggelarkan diri mereka sebagai 'ANONYMOUS' ancaman dan serangan ke atas laman web milik kerajaan dan institusi lain dipercayai turut dilakukan penggodam tempatan yang menggelarkan diri mereka sebagai Rilekscrew dan Dragon Force Malaysia, h3x4 crew dan seorang individu yang dikenali sebagai syam92x.

kumpulan penggodam tempatan ini dilihat cuba mengambil kesempatan daripada amaran dan ancaman yang dikeluarkan kumpulan penggodam antarabangsa 'ANONYMOUS' dengan menyerang beberapa laman web tempatan termasuk 'FAN PAGE'laman web sosial 'FACEBOOK'milik kerajaan seperti Tourism Malaysia.

Tinjauan Berita harian ,semalam mendapati walaupun laman web utama universiti teknologi mara (UiTM) masih terselamat, beberapa laman pautan laman web seperti Kedah.uitm.edu.my digodam dan Kelantan.uitm.edu.my dan i-learn.uitm.edu.my digodam dengan teruk sehingga skrin paparan pada halaman web berkenaan turut tertera mesej yang ditinggalkan penggodam. sumber berita daripada berita harian

Laman Web Kerajaan Digodam


berita ini awal pagi lagi sudah heboh 1 malaysia dan tersebar meluas di dunia siber dan juga menjadi berita muka depan media cetak, walaupun aen lambat update di blog tetapi aen percaya masih ada yg belum mengetahui berita ini..

*Lebih 10 laman web agensi kerajaan "diserang"


*Anoymous bantah sekatan laman perkongsian fail



Sekurang-kurangnya 10 laman web agensi kerajaan ,termasuk JABATAN PENGAJIAN POLITEKNIK di kementerian pengajian tinggi, TOURISM SABAH dan UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (uitm) sabah digodam penyerang siber pagi semalam, bagaimanapun berjaya dipatahkan dan dipulihkan menjelang petang. Berikutan serangan itu, majlis keselamatan negara (MKN)mengarahkan semua agensi kerajaan supaya bersiap sedia dan mempertingkatkan keselamatan laman web masing-masing bagi tempoh 36jam akan datang.

ini adalah senarai website yang telah digodam

*Malaysia Official Government Website (DoS / Switched οff)

*Othеr Malaysian wesites:
*SabahTourism.com – Hacked + leaked
*Tour Malaysia (Nοt Tourism Malaysia) – Hacked
*Tourism Malaysia – Up
*UiTM Penang – Hacked
*JBiotech – Hacked
*Social Welfare Department (Ezi2Care)- Hacked
*CIDB – Hacked bυt back up
*Land Public Transport Commision – Hacked bυt back up
*1Malaysia – DoS / Switched οff
*ASEANConnect – DoS / Switched οff
*Malaysian Meteorological Service – DoS / Switched οff
*Ministry οf Education – DoS / Switched οff
*Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia – DoS / Switched οff
*Bomba – DoS / Switched οff
*TMNet – Up
*Perbendaharaan Malaysia – DoS / Switched οff
*Kementerian Kerja Raya Malaysia -DoS / Switched οff

Wednesday, 15 June 2011

Kereta idaman wanita




model perodua baru MYVI ELEGANCE,cepat datang ke ruang showroom yg terdekat untuk drive test memang korang nak beli terus tu hihihi..*ada warna pilihan juga*



Tuesday, 14 June 2011

Gadjet ku

berita ini awal pagi lagi sudah heboh 1 malaysia dan tersebar meluas di dunia siber dan juga menjadi berita muka depan media cetak hihihi...


























hp nokia model n8 kini dlm warna pink,
yg ini nokia yg solid

yg ini samsung galaxy yg cool, menarik kan..?


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...