Tuesday 5 March 2013

Kedutaan malaysia di Filipina diserbu oleh penunjuk perasaan

Ketegangan krisis yang melanda sabah sekarang ini menular di kedutaan kita yang berada di Filipina apabila kedutaan malaysia di Filipina diserbu seratus penunjuk perasaan. Berkenaan tunjuk perasaan itu, pihak polis dikerahkan bagi mengawal tunjuk perasaan dari melakukan kekecohan.


Selepas beberapa jam pihak keselamatan malaysia mengempur kubu sultan sulu, 100 orang tunjuk perasaan berkumpul di kedutaan Malaysia, Filipina.

Tunjuk perasaan yang membawa sepanduk mengatakan hasrat mereka mendesak kerajaan malaysia menyelesaikannya secara aman dan mahu kerajaan Filipina menuntut perbincangan berkenaan hak negeri sabah.

Tunjuk perasaan bersurai pada tengahari dan berkata akan kembali dengan lebih ramai jika masalah ini masih tidak diatasi.


p/s: Macam mana mahu selesaikan secara aman jika Penceroboh sultan sulu(penganas) dengan membawa senjata telah membunuh 8 anggota polis malaysia. Kalau mahu dengan aman, jangan bawa senjata!

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...