Saturday, 16 March 2013

Guru Bersama Anak Murid Hampir Mati Terbakar


kereta tebakar
Kemalangan yang berlaku sekelip mata hampir membakar hidup-hidup seorang guru berserta anak dan muridnya. Kereta mereka bertembung dengan sebuah kereta Proton Persona yang hilang kawalan.

Kejadian yang berlaku sebelah malam kira-kira jam 8.20 malam itu berlaku berhampiran Persimpangan Batu Burok Jalan Kamarudin.

Guru itu menceritakan detik-detik sebelum  kemalangan, “Ketika sampai di selekoh berhampiran simpang itu, saya terdengar bunyi tayar, sebelum lihat sebuah Proton Persona yang dipandu seorang lelaki datang dari arah bertentangan terbabas memasuki laluan saya,” katanya.

lalu kereta itu merempuh berhadapan dengan kereta mereka sehingga menyebabkan kereta persona itu terbakar, bahang api yang besar itu menyebabkan mereka terasa kepanasan apabila mereka masih lagi tersekat didalam kereta.

Guru itu bertindak memukul dan menendang cermin depan kereta untuk meloloskan diri bersama anak muridnya tanpa menghiraukan rasa sakit.

Syukurlah mereka dapat menyelamatkan diri sebelum kereta itu terbakar.

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...