Saturday 2 March 2013

Apa Cerita Azwan Ali mahu Bertanding PRU13 Pula Ni?

azwan ali bertanding PRU13

Kontroversi je Azwan Ali ni, kali ni dia membuat kenyataan di twitter bahawa dia berhasrat ingin bertanding PRU13 ini sebagai calon bebas. Dengan pengaruhnya sebagai selebriti, dia percaya untuk memenangi beberapa kerusi pada pilihan raya tahun ini.

Tiba-tiba je si Azwan ni mahu bertanding PRU, buang tebiat ke? mahu tambah kontroversi dia lagilah ni.


“Ya, saya ada menulis beberapa kali di Twitter tentang hasrat untuk bertanding pada pilihanraya akan datang. Alhamdulillah maklum balas saya terima sangat menggalakkan”

“Buat masa ini saya tidak mahu bercakap apa-apa dahulu, kita lihat apabila tiba masanya nanti,” ujar adik kepada Azmin Ali, Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) ini.

“Saya rasa saya ada pengikut saya sendiri. Jika kita lihat, ada juga calon Bebas yang kita tidak kenal langsung pun cuba untuk bertanding. Saya yakin saya ada pengaruh,” tambah Azwan Ali yang tidak mahu menyertai mana mana parti politik. Rotikaya

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...