Wednesday 13 July 2011

Arsenal baham Harimau Malaya


pemain Arsenal,Jack wilshere (tengah) menghalang pemain Malaysia pada perlawanan persahabatan di stadium nasional bukit jalil, malam tadi.tidak adil banding dengan the gunners.




Norshahrul Idlan Talaha (kiri) dikawal ketat pemain Arsenal, Traoe dalam perlawanan persahabatan di stadium nasional bukit jalil, malam tadi. Arsenal memperlihatkan corak permainan yang garang dan menewaskan skuad negara 4-0





Harimau Malaya seakan hilang taring malam tadi, memaksa anak didik Datuk K Rajagopal berundur dari stadium nasional, bukit jalil dengan mengigit jari selepas dibaham Arsenal 4-0 dalam perlawanan siri jelajah EPL Asia 2011.empat gol daripada Aaron Ramsey,Theo Walcott,Carlos Vela dan Tomas Rosicky di hadapan 53,000 penonton tidak banyak menceriakan penyokong tempatan yang harus membicarakan betapa tiga gol mudah hasil kelalaian berisan pertahanan menyentap cabaran tuan rumah yang akur betapa jauh jurang antara mereka dan bekas juara Inggeris itu.

bukan kemenangan yang dicari namun tiga gol mudah hasil kelalaian barisan pertahanan mencemari permainan mantap barisan tengah dan jentera serangan negara pada perlawanan persahabatan antara skuad kebangsaan dan Arsenal di stadium nasional bukit jalil malam tadi,ketua jurulatih kebangsaan, Datuk K Rajagopal yang gigih menyiapkan pasukan menghadapi pusingan kedua kelayakan Piala Dunia bertemu Singapura pada 23 dan 28 julai ini pasti mendapat pengajaran berharga hasil kekalahan kepada kelab elit Inggeris itu.

Gawang negara dibolosi seawal minit kelima menerusi sepakan penalti Aaron Ramsey selepas pengadil, Yussof mat karim menyalahkan terjahan kasar Aidil Zafuan Abdul Radzak ke atas Jack wilshere dalam kotak penalti.faktor kepantasan dan fizikal yang lebih memihak skuad kendalian Arsene Wenger menyaksikan serangan negara mudah dipatahkan. minit ke-25, gawang Arsenal hampir dibolosi kapten kebangsaan Safiq Rahim yang mengambil sepakan percuma dari jarak 35 meter, tetapi sempat ditepis penjaga gol Arsenal Wojciech Szczesny.

ketika harapan lebih 53,000 penonton menyaksikan Malaysia menyamakan kedudukan semakin memuncak, Arsenal sebaliknya menambah jaringan menerusi Walcott yang berjaya melepasi barisan pertahanan pada minit ke-38, sebelum melambung bola menewaskan nasril buat kali kedua malam tadi.

pada babak kedua, Khairul Fahmi Che Mat masuk menggantikan Nasril, tetapi permainan licik penyerang Arsenal Carlos Vela menyaksikan gol ketiga diraih pemain asal Mexico itu.pada masa tambahan,Arsenal terus menghukum kem kebangsaan kali ini Tomas Rosicky mudah menanduk masuk hantaran Robin van Persie untuk gol ke-4 pasukan.
pujian harus diberi kapada barisan pemain negara yang berkerja keras cuba mengatasi kehebatan kelab gergasi Eropah itu dengan beberapa gerakan menarik dihasilkan sepanjang 90minit permainan.

"ini satu pengajaran baik buat pemain" kata jurulatih kebangsaan, Datuk K Rajagopal selepas menyaksikan Harimau Malaya dibenamkan Arsenal 4-0 malam tadi. dia turut membicarakan tidak adil untuk membandingkan kekuatan skuad kebangsaan dengan barisan The Gunners yang dipenuhi bintang malah tidak dinafikan terdapat jurang di antara kedua-dua pasukan berkenaan dalam saingan persahabatan Jelajah EPL Asia 2011 di Stadium Nasional Bukit Jalil.
"pemain kita harus pantas bangkit selepas ini dan belajar sesuatu daripadanya" Arsenal adalah pasukan bertaraf dunia, memiliki pemain hebat. begitupun, saya tidak nafikan kami tidak bermain dengan corak sebenar. memeng kecewa dan selepas ini saya akan duduk berbincang bersama pemain untuk mengetahui di mana kesilapan kami"


bagi pengendali Arsenal, Arsene Wenger ujian pertama menentang skuad kebangsaan tetap mengejutkannya dengan beberapa percubaan pantas dianggap berbahaya.
"malaysia mempunyai pasukan yang teratur, bermain secara teratur dan tidak terlalu memikirkan tentang tekanan.malah corak permainan di bahagian belakang dan depan juga baik dan pantas" katanya yang percaya pasukannya turut belajar sesuatu menerusi perlawanan itu.
meskipun hadir tanpa kelibat bintang utama yang juga kepten pasukan Cesc Fabregas, Arsenal ternyata bukan lawan yang adil buat negara yang memiliki gabungan pemain senior Harimau Malaya dan Harimau Muda
.

majulah sukan untuk negara "malaysia boleh!!!

1 comments:

pmain malaysia terlalu kbawah,mbri pluang kpd arsenal menguasai tengah. so arsenal senang myerang & mlysia susah nak naik ke ats.

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...