Thursday 14 July 2011

siapa dia dihatimu



Dua manusia yang merasa saling berjodoh pasti memiliki ikatan emosional, spiritual dan fizikal antara kedua-duanya. hanya dengan menatap mata atau mendengar suaranya, kamu akan merasakan getaran dan seolah-olah ingin terus bersamanya. benarkah seperti itu?

Aduh, orang yang dilamun asmara memang begitu! apakah ada petanda lain agar seseorang dapat merasakan bahawa seseorang itu jodoh atau 'soulmate' atau pun bukan? mari kita periksa!!



PETANDA 1*
apa yang penting... kerjasama!

Rahsia sepasang kekasih agar dapat memiliki usia hubungan yang panjang adalah dengan adanya saling kerjasama. kamu dan si dia selalu dapat saling membantu, dalam urusan remeh atau besar. paling penting, kamu berdua selalu dapat melalui segala aspek kehidupan secara bersama-sama. dan semuanya terasa amat menyenangkan meskipun tanpa harus melibatkan orang lain. apakah kamu sudah merasakan perkara tersebut? jika ya, selamat! kerana ada harapan bahawa dia adalah calon pendamping hidup kamu! Psst, jaga si dia baik-baik ya....



PETANDA 2*
Biar nampak bersahaja depan kamu

Salah satu kriteria yang menentukan sesuai atau tidaknya si dia sebagai jodoh kamu atau bukan, adalah kemampuannya bersikap bersahaja di depan kamu. cuba sekarang perhatikan, apakah gerak gerinya, caranya berpakaian, gaya rambutnya, caranya berbicara serta tertawanyamemberikan 1001 erti buat kamu? apakah setiap ucapannya selalu tampak spontan dan tidak dibuat-buat? jika tidak, maaf kemungkinan besar dia bukan jodoh kamu!



PETANDA 3*
i can read your mind, u can read my mind!


Adanya deria batiniah membuat kamu berdua dapat selalu saling tahu. dan bila kamu atau si dia dapat saling membaca fikiran dan menduga reaksi serta perasaannya satu sama lainnya pada situasi tertentu. seorang teman pernah mengalami situasi ini, dia boleh tahu kekasihnya sedang marah, merajuk, benci dan bosan hanya melalui sms si dia. unik bukan? jika kamu dan si dia ada perasaan begini, selamat! dialah sebenarnya destinasi kebahagiaan kamu.



PETANDA 4*
pada syurga di wajahmu!


bersamanya dapat membuat perasaan kamu menjadi tenang, selesa dan tanpa perasaan tertekan.berjam-jam bersamanya, setiap waktu dan setiap hari tanpa membuat kamu merasa bosan. Oh, hanya dengan melihat mukanya, kamu boleh sejuk dan ceria. Inilah petanda bahawa kamu berdua kelak akan saling terikat. namun, jika sebaliknya? aduh, perang dunia ketiga!



PETANDA 5*
bak kata Adira 'ku ada kamu'

Dia selalu ada untuk kamu dalam situasi apa pun. dan dia selalu dapat memahami situasi dalam hati kamu baik dalam suka dan duka. percayalah pasangan yang berjodoh pasti tak takut mengalami pasang-surut, suka-duka saat bersama. sekarang, cuba ingat kembali, apakah dia orang pertama yang datang memberi bantuan tatkala kamu dirundung musibah? dia selalu faham saat emosi kamu terganggu? dia tahu keadaan waktu kamu sakit? jika ya, tak salah lagi. kamu telah menemui orang yang tepat!




PETANDA 6*
Terima diriku untuk siapa diriku


Dia tak terlalu peduli dengan masa lalu keluarga kamu dan dia tak peduli dengan sejarah. dia juga tak malu-malu menceritakan masa lalunya. nah, kalau begitu ini bererti si dia sudah siap menerima kamu seadanya. namun, jangan sesekali menipu dalam hal-hal begini kerana kesannya cukup buruk jika sesuatu itu terungkai setelah kamu sah menjadi miliknya.



PETANDA 7*
walaupun buruk, tetap sayang


setiap orang pasti memiliki kekurangan dan kamu tak malu-malu perlihatkannya pada si dia. bahkan pada saat kamu tampil 'buruk' di depannya sekalipun, si dia tiada masalah misalnya saat kamu bangun tidur atau saat kamu sakit dan tak mandi selama dua hari. pasangan yang baik menerima keburukan dan kelebihan pasangan dengan positif, kan hidup ini perlu saling melengkapi. Oh, kamu dan dia sememangnya ditakdirkan untuk bersama!




PETANDA 8*
Tiada rahsia di antara kita

Bila merasa rahsia kamu akan lebih selamat di tangannya daripada sahabat-sahabat kamu yang lain. atau kamu merasa sudah tak dapat lagi menyimpan rahsia apa pun darinya, maka berbahagialah! kerana ini bererti pasangan sejati telah kamu temukan! seharusnya setiap pasangan tiada rahsia di antara mereka. namun, tidak salah untuk tidak menceritakan segalanya. dah nama pun rahsia kan? oleh itu, jika kamu ada ke lapan-lapan tanda di atas, segeralah tempah kad kahwin! hehehehe....




*p/s*


"jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih mahu mencuba, jangan sesekali kamu menyerah jika kamu masih merasa sanggup. jangan sesekali mengatakan kamu tidak mencintainya lagi, jika kamu masih tidak dapat melupakannya"

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...