Monday 11 July 2011

yang sedap itu unik


membuat pilihan coklat gelap boleh jadi mengelirukan,aen akan bantu kamu untuk tentukan Cadbury Bournville yang paling tepat dengan selera unikmu...hanya individu berselera tinggi sahaja yang mampu menghargai kehalusan rasa sejati Bournville.imbangan rasa pahit dan manis coklat gelapnya begitu sempurna.kesempurnaan yang memberi kepuasan sepenuhnya,tidak semua individu mampu menghargai kehalusan rasa sejatinya



1-saat paling best nikmati coklat gelap:

(a) ketika menunggu mesyuarat bermula
(b) sambil menonton rancangan televisyen kegemaran
(c) sewaktu menunggu si dia datang menjemputmu di rumah
(d) sambil membuat kerja rumah,mesti nak gigit satu

2-sebab utama kamu makan coklat gelap:

(a) untuk rasai kepuasan
(b) untuk meraikan sesuatu
(c) untuk menambah tenaga
(d) untuk gembirakan hati

3-di kalangan teman-teman, kamu lebih dikenali sebagai seeorang yang:

(a) bijak berkata-kata dan paling ramai kawan
(b) tak lokek dengan senyuman dan sentiasa diingati
(c) paling rajin,berkerja hingga lewat waktu pun tak mengapa
(d) selalu jadi tempat rujukan dan boleh jadi penasihat

4-lelaki/perempuan idaman kamu seharusnya memiliki sikap:

(a) romantis dan sentiasa beri perhatian kepada setiap butiran
(b) gemar melawak dan suka ketawa
(c) tahu apa yang diingininya
(d) berkeyakinan tinggi dan juga pandai bawa diri

5-sehari selepas dating dengan si dia, kamu:

(a) akan hantar e-mel dengan ucapan terima kasih dan ayat "seronoknya keluar dengan kamu semalam"
(b) tunggu hingga si dia hantar sms,barulah kamu akan balas
(c) berikan hint agar dia mengajak kamu keluar lagi ketika dia menghubungimu
(d) telefonnya dan beritahu kamu perlukan seorang teman untuk satu acara malam esok hari

Lebih banyak A:

kamu wanita 'simple' namun tahu cara untuk cipta suasana menyeronokkan.kamu bukan jenis mudah gusar dengan masalah, kerana kamu selalu ada jawaban positif.itu sebabnya kamu suka Cadbury Bournville Simply Dark, kerana kamu sukakan nikmat coklat gelap lazat mencair dalam mulutmu.


Lebih banyak B:

wanita girang sepertimu selayaknya jadi tumpuan ramai ke mana saja kamu pergi,bila ditimpa masalah,kamu masih mampu tersenyum dan segera move on.sebegitu, kamulah penggemar Cadbury Bournville perisa Almond.gabungan coklat gelap dan kacang almond memang menggembirakan hatimu.


Lebih banyak C:


sememangnya kamu malu-malu kucing, tapi tak bermakna kamu pengecut.kamu bukan jenis berterus-terang, tapi kamu ada cara tersendiri untuk mendapatkan apa yang diingini. bila memilih coklat gelap yang berkualiti,pilihanmu adalah Cadbury Bournville Hazel Nut kerana selera unikmu itu.

Lebih banyak D:

kamu sering "selamatkan"teman yang sedang kesusahan,biarpun kadang-kadang ada yang tak berterima kasih padamu.namun kamu tetap membantu dengan ikhlas.justeru, kamu selayaknya di hadiahkan dengan Cadbury Bournville fruit& nuts lazat dengan gabungan kacang almond dan hazel serta kismis.

jadi, apa tunggu lagi.. jom borong coklat-coklat di pasaran sekarang dan nikmati kelazatan dan kemanisannya, lagi tambah sedap jika makan bersama yang tersayang romantik kan?

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...