Tuesday 12 July 2011

berdosanya kita


kenapa ada orang diberikan dengan pelbagai limpahan hidup, tetapi tidak mampu menikmati kesenangan itu dengan sebenar-benarnya. jiwa mereka masih resah, hati mereka terasa kosong. sukar sangatkah menikmati hidup ini?

memiliki semua kesenangan yang diimpikan oleh orang lain, tetapi dalam masa yang sama, tidak mampu menikmatinya, adalah tanda-tanda tidak bersyukur dengan apa yang ada itu. sebahagian orang,kehidupannya begitu sederhana, namun kebahagiaan begitu jelas terpancar di wajahnya. inilah yang kita perlu fahami dengan sesungguh hati.


selagi kita tidak berasa cukup dengan apa yang ada, selagi itu kita tidak berasa puas. kita sibuk memikirkan perkara yang belum kita peroleh, tetapi dalam masa yang sama kita tidak mahu menikmati apa yang sudah ada di dalam genggaman.


ada orang sudah diberikan isteri yang cantik,baik dan berbudi serta telah memiliki anak-anak sihat, cergas dan menghiburkan, tetapi masih memikirkan perempuan cantik lain yang belum dimiliki. sebahagian orang sudah diberikan harta bertimbun tetapi masih meninjau harta yang belum menjadi miliknya. kerana itu, dia tidak pernah berasa seronok menikmati kehidupan di depan mata. sedangkan semuanya hanya tinggal dinikmati sahaja.

bagaimana menikmati limpahan kesenangan ini,agar hati berasa puas? 

bersyukur dengan apa sahaja pemberian Allah,kerana bersyukur adalah ubat segala masalah ketidakpuasan ini. kita boleh mencari apa yang kita ingini dan hajati, tetapi bersyukurlah setelah mendapatkannya. jangan menyeksa perasaan dengan pelbagai ketidakpuasan itu. penyakit yang tidak ada ubatnya oleh mana-mana doktor pakar pun, adalah penyakit yang berkaitan dengan hati yang tidak pernah berasa puas atas nikmat Allah.

Alangkah ruginya kita apabila telah dilimpah kenikmatan, tetapi masih mencari-cari erti kebahagiaan hidup. masih resah sepanjang malam, ketika orang lain sedang menikmati keseronokan tidur yang lena walaupun hidup dalam kesederhanaan, apa sebenarnya yang kita cari?
kerana itu, pandulah hati menjadi seorang yang dapat menghargai kehidupan seadanya. janganbiarkan ia terlalu meluap-luap mengejar harta dunia untuk kesenangan sendiri. 


kita boleh memiliki seberapa banyak pun harta yang di mahukan, kerana hidup tanpa harta itu hamba kita, bukan kita menjadi hamba harta. gunakanlah sebanyak mana yang kita perlukan,selebihnya berilah kepada yang memerlukan namun tidak ramai sedar akan hal kebajikan ini. kenikmatan memberi itu satu perasaan yang indah bagi mereka-mereka yang pernah beramal jariah, apabila kerap memberi kepada yang berhak,hati akan riang. jiwa akan terubat dan perasaan akan terisi dengan ketenangan.

ubahlah cara kita memandang kesenangan hidup ini,dengan pandangan hati yang bersih dan tulus. kenikmatan pasti dapat kita rasai tanpa keraguan.

1 comments:

mnusia mmg tidak prnah puas dgn apa yg di kecapi..

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...