Thursday 14 July 2011

karakter kerja kamu disini


selagi belum tutup mata, KERJA,KERJA,KERJA!! itu dialog dalam filem "LABU DAN LABI". bagaimana pula dengan pandangan kamu tentang dunia pekerjaan? cuba ingat balik zodiak kamu, wah! zodiak juga dapat berkait rapat dengan karakter pekerjaanmu. pada sesiapa yang belum tahu, mari baca dan selami apakah karakter pekerjaan yang paling dekat dengan dirimu! apa pun kenyataan di bawah ini, hanya hiburan semata-mataya, jangan ambil serius tau..... kalau terkena, maknanya ia hanya satu kebetulan.



PEKERJA ARIES

pekerja yang berzodiak Aries ini lazimnya tidak suka pada pekerjaan yang sama, berulang setiap hari dan yang mengambil masa yang lama. pendek kata, mereka lekas jemu! jika terlalu lama membuat kerja juga boleh membuatkan kreativiti mereka terbatas dan cepat mengantuk. apabila mereka menceburkan diri dalam sesuatu pekerjaan, gaji bukanlah perkara utama yang diambil kira. perkara yang terpenting adalah kepuasan bekerja dan prospek kerja yang luas bagi membolehkan mereka meningkatkan keupayaan diri, mereka juga sukakan pekerjaan yang boleh mencabar keupayaan diri. untuk membuatkan si aries lebih gembira, berikan kepercayaan kepada mereka untuk membantu apa yang perlu. contohnya memberi tunjuk ajar kepada pekerja yang kurang mahir.


PEKERJA TAURUS

bukan nak 'mengipas' tapi taurus sememangnya seorang pekerja yang baik! , mereka sangat setia, kuat bekerja dan tak suka mengampu-ampu. mereka bekerja mengikut peraturan dan sedaya upaya berusaha melakukan sesuatu kerja itu sehingga selesai. cuma mereka ini agak 'slow' sedikit dan suka buat kerja 'last minute'. walau bagaimanapun, mereka sentiasa inginkan bimbingan dan tunjuk ajar daripada orang lain. tapi, usah cuba untuk mengambil kesempatan terhadap mereka kerana buruk padahnya nanti!! untuk menggembirakan Taurus, serahkan projek yang benar-benar menepati keupayaan mereka. barulah mencabar!


PEKERJA GEMINI

mereka gemar berkongsi idea dan pendapat dengan teman sekerja yang lain. paling penting, tak kedekut ilmu! tapi dalam masa yang sama mereka tidak menumpukan perhatian kepada satu kerja saja dalam tempoh yang lama. selain itu, mereka juga suka benar mengambil tahu hal orang lain. jadi tak hairanlah mereka ini boleh menjadi 'ratu/raja gosip'. mood mereka sering berubah-rubah dan saling berkaitan. pekerjaan yang sesuai buat mereka ialah pekerjaan yang membolehkan mereka menjelajah ke banyak tempat.


PEKERJA CANCER

bagi mereka, pekerjaan adalah untuk mendapatkan wang bagi menyara kehidupan. mereka juga boleh diharap dan sentiasa bersiap-sedia untuk membantu di saat-saat diperlukan, usah bimbang kerana mereka ini bukan termasuk dalam kategori orang-orang yang berlumba untuk mendapatkan kuasa. bagi mereka, pekerjaan itu sangat penting untuk menjamin kehidupan yang selesa. persekitaran kerja amat mempengaruhi mereka. tentu kamu akan disukai jika bersikap peramah.


PEKERJA LEO

wah! si Leo ingin diri mereka menjadi perhatian utama di tempat kerja. biarpun mereka tidak boleh memimpin tetapi mereka akan cuba mencari jalan untuk meningkatkan status mereka di mata teman-teman sepejabat. usah cuba nak komen, pasti tak diterima oleh si Leo! namun, mereka gemar memberi nasihat kepada orang lain. untuk mengawal mereka ini senang saja! berikan mereka lebih tanggungjawab agar dapat dirasakan diri itu 'orang penting' di syarikat! tapi waspadalah ya! silap-silap hari bulan, kerja kamu pula yang dirampasnya.



PEKERJA VIRGO

jika kena gayanya, mereka mampu bekerja dengan rajin. mereka tidak kisah jika terpaksa bekerja malam semata-mata untuk memastikan segala kerja berjalan lancar, sememangnya kejujuran adalah kunci utama mereka dalam bekerja. tapi si virgo ini mudah sangat mengkritik jika ada kesilapan di mata mereka, mereka sanggup melakukan pelbagai kajian sebelum memulakan sesuatu tugasan yang diberikan bagi melengkapkan diri mereka dengan pengetahuan yang diperlukan. mereka tak perlu diampu, cukuplah jika dirasakan hasil kerja dan usaha mereka dihargai.


PEKERJA LIBRA

ramai teman sekerja yang beranggapan bahawa mereka ini terlalu sensitif dan sukar bekerjasama, keupayaan si libra juga berubah-rubah. satu hari mereka kelihatan bertenaga dan mampu bekerja dengan cemerlang dan di hari yang lain pula mereka bersikap sebaliknya, namun sekiranya mereka mampu mengawal 'mood' yang tak seimbang itu. tak mustahil mereka boleh dinaikkan pangkat, walau bagaimanapun jangan cuba memerintah mereka lebih-lebih pula.

PEKERJA SCORPIO

ternyata mereka ini mampu berdikari tanpa mengharapkan pertolongan daripada orang lain, segala-galanya boleh dilakukan sendiri. yang bagusnya lagi, mereka tidak pernah campur adukkan soal kerja dan peribadi. mereka tak takut menyuarakan pendapat sekiranya merasakan ada yang tak kena, berani kerana benar! walaupun pihak atasan yang buat salah mereka sedia menegurnya. mereka juga akan melayan orang lain seperti mana orang lain melayan mereka, ini bermakna jika kamu baik dengan si virgo, maka dia juga akan melakukan perkara yang sama kepada kamu. kalau tak....'sorry naik lori la!


PEKERJA SAGITARIUS


mereka sungguh berkeyakinan, ceria dan bersedia membantu dalam pekerjaan. apa jua yang diserahkan kepada mereka pasti akan dilakukan sebaik mungkin, tak ada masalah! walau bagaimanapun, jangan memperlekehkan mereka kerana itu adalah kepantangan si sagitarius. jika masa bekerja , mereka bekerja dengan serius dan jika masa bergembira, mereka akan bergembira dengan bersungguh-sungguh. oleh itu jangan main-main ya!



PEKERJA AQUARIUS


sukar untuk bertolak ansur dengan mereka. bukan apa, mereka asyik ingin melakukan yang terbaik. mereka juga cukup berdaya saing dan bercita-cita tinggi, untuk menggembirakan mereka, berilah peluang kepada mereka untuk meluaskan pengetahuan dan 'skill' kerja mereka. Oops, ada kalanya si aquarius agak berat tulang sikit. cubalah suruh mereka untuk bergerak, mereka boleh menerima arahan dengan baik asalkan kena gayanya.



PEKERJA CAPRICON


mereka gembira bila merasakan diri diperlukan untuk menjayakan sebarang tugasan, mereka juga akan sentiasa cuba untuk meningkatkan daya usaha. walau bagaimanapun, mereka bukanlah seorang yang suka memaksa. apabila mengenal pasti matlamat, mereka akan berusaha untuk mencapai segala yang diimpikan itu. namun, mereka bukanlah bekerja secara sukarela sahaja. jika dirasakan kerja yang dilakukan berbaloi, bermakna gaji yang diberikan juga harus setimpal!



PEKERJA PISCES


mereka boleh menjadi seorang pekerja yang taat dan kuat bekerja. sekiranya ada yang tak kena di dalam pejabat, pasti merekalah individu yang pertama mendapat tahu tentangnya. mungkin sebab terlalu prihatin atau suka menyibuk kot? mereka juga gemar mengarahkan kerja kepada orang lain, jangan marah pula apabila kamu mendapat kerja mereka. sebaliknya, kamu perlulah sentiasa berfikiran positif apabila diberikan tugasan. mereka juga ada sifat prihatin yang menebal.

1 comments:

salam gan ...
menghadiahkan Pujian kepada orang di sekitar adalah awal investasi Kebahagiaan Anda...
di tunggu kunjungan balik.nya gan !

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...