
Namun jika dikira relatifnya dengan ukuran badannya yang biasanya boleh mencecah sehingga 50.000 paun,maka saiz otaknya itu hanya sekadar 0.034% sahaja daripada berat keseluruhannya sedangkan otak manusia pula adalah pada kadar 1.35% daripada berat keseluruhan.

Paus sperm berbeza kerana kepalanya yang besar, terutama bagi paus jantan yang biasanya satu pertiga daripada panjangnya..
kulit dibelakang paus sperm biasanya berkedut dan telah disamakan dengan prune oleh peminat pemerhati paus. Paus sperm mempunyai 20-26 pasang gigi pada rahang bawah. berat setiap gigi paus sperm boleh mencecah sehingga 1 kilogram. kewujudan gigi ini tidaklah diketahui sebab dipercayai paus tidak memerlukan gigi untuk makan sotong, malah Paus sperm liar yang sihat dan cukup makan telah dilihat tanpa gigi. para saintis masa kini memberitahu kemungkinan gigi-gigi tersebut digunakan dalam pertelingkahan paus jantan dalam spesies yang sama.





0 comments:
Post a Comment