Monday 20 June 2011

Gunung kinabalu, sabah




Gunung kinabalu adalah gunung yang tidak asing lagi bagi pelancong2 dalam dan luar negeri, kalau mahukan cabaran jangan ketinggalan untuk menguji ketahanan fizikal dan mental mendaki gunung kinabalu, ianya terletak di dalam Taman Kinabalu yang berada sejauh 80km timur dari kota kinabalu.Gunung kinabalu mempunyai ketinggian setinggi 4,095 meter daripada aras laut.
para pelancong yang berada di kota kinabalu boleh menuju ke Taman Kinabalu dengan menaiki bas yang menuju ke Ranau/sandakan/Tawau (tambang sendiri) atau menaiki bas persiaran yang disediakan khas untuk pelancong (dalam pakej)yang telah di pilih oleh individu ataupun yang berkumpulan. Perjalanan ini akan mengambil masa selama 1-2 jam dengan anggaran kos tambang rm15-rm20 sahaja sehala.
ataupun boleh menyewa kereta di Lapangan Terbang Kota Kinabalu (KKIA) dengan kadar sewa yang berpatutan dan boleh dirunding bergantung kepada syarikat yang mengendalikannya.
apakata kita ramai2 menawan gunung ini? hehehe..

1 comments:

terasa nak naik gunung kinabalu huhuhu..

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...