Tuesday, 21 June 2011

Poring Hot Spring, Ranau





Ini salah satu tempat yang di gemari yang berkunjung ke taman kinabalu,iaitu PORING HOT SPRING ataupun, biasa dipanggil kolam air panas semulajadi yang telah di komersialkan.terletak kira-kira 40km di timur laut pusat taman kinabalu,perkataan PORING adalah bahasa ibunda bagi etnik kadazandusun merupakan sejenis spesis pokok buluh yang tumbuh di kawasan itu.ia terkenal kerana kolam air panasnya yang mengandungi galian sulfur yang boleh menyegarkan badan,kolam air panas semulajadi ini amat sesuai bagi menghilangkan rasa penat dan juga sakit sendi bagi mereka yang telah mendaki gunung kinabalu,jangan lupa untuk menyusuri jambatan gantung yang unik yang disediakan disini.
para pelancong juga berpeluang menikmati pemandangan yang indah apabila menyusuri jambatan gantung sepanjang 157.8meter dengan ketinggian 41meter diatas pokok,terdapat juga taman kupu-kupu, pusat pemuliharaan Orkid disana sini dan juga jika bernasib baik anda berpeluang melihat sendiri bunga Rafflessia yang tumbuh subur.
pelancong boleh menaiki bas awam dari kota kinabalu untuk ke kolam air panas poring tetapi perkhidamatan yang mereka sediakan cuma sekali dalam sehari,cara lain adalah boleh menaiki teksi dari pekan ranau dengan anggaran kos rm30.00,bergantung pada kadar sewa teksi.

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...