Friday 10 June 2011

Cantik dan Seksi Tapi?



ini bukan sekadar gosip murahan tapi adalah fakta yg sangat2 penting buat kaum perempuan hehehe..(lelaki x kesah sangat kan hihihi...

ini kesah bukanlah untuk mengaibkan siapa2 tapi sekadar renungan kita sesama kaum perempuan je, kemarin aen ada jalan2 di pekan ber-window shopping hehe tpi itu bukanlah isu yg aen nak kongsi. walaupun aen perempuan tp aen sangat mengkagumi kecantikan perempuan lain, yg tak bestnya jika didalam kejelitaan itu ada sesuatu yg mencacatkan pandangan mata aen yg redup ni cehwahh hehehe...

sedang perempuan itu sibuk untuk pilih2 pakaian dia pun angkat2 tangan jugalah kan sambil belek2 baju2, secara tidak sengaja mata aen pun terlihatlah pemandangan yang agak gelap gelita seketika walaupun letrik tak blackout hehehe.. tak sangka bulu ketiak perempuan cantik dan seksi itu macam rambut hantu kak limah balik rumah! nasib baik aen tak terover sound dengan perempuan itu di sebabkan terkejut tadi,rasa meloya jugalah aen kerana tidak dapat menerima hakikat perempuan secantiknya mengambil mudah soal kebersihan diri.

entahlah,mungkin ini"tren terkini" kot untuk meminta perhatian yg nyata aen tidak menggemari tren si cantik itu yg membela semak samun,tak geli ke dia?? seharusnya kita perempuan menitikberatkan soal ini kerana ianya sangat2 memalukan,aen nak mengingatkan kepada kaum hawa diluar sana supaya berhati-hati jika keluar berjalan agar memakai baju lengan panjang kalau anda bela bulu ketiak. jika mahu memakai baju tak cukup kain cukur dululah jadi orang luar yg memandang kita pun tak juga sakit mata, ingat!! mata manusia tak ada lensa tp kamera ada zoom-in yg tidak akan menipu apa yg jauh dan tersorok.

1 comments:

oh....cukur lah ye...

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...